• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Maut Langgar Kerbau Lintas Jalan

oleh Ahmad Albab
25/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang warga emas maut apabila motosikalnya merempuh sekumpulan kerbau yang sedang melintas jalan di Kilometer 43, Jalan Ayer Kuning-Teluk Intan dekat Kampar semalam.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Supt Wan Jamil Wan Chik berkata Liyang Kah Chong atau Leong Kah Choi, 80, mengalami cedera parah di kepala dan mati ketika dirawat di Hospital Kampar.

Beliau berkata kejadian berlaku pada pukul 8.15 malam ketika mangsa dalam perjalanan untuk pulang ke rumahnya di Taman Eastern, Kampar.

“Mangsa tidak dapat menghentikan motosikalnya apabila tiba-tiba sekumpulan kerbau melintas jalan di hadapannya,” katanya ketika dihubungi.

Dalam satu lagi nahas, seorang penunggang motosikal terbunuh selepas dirempuh sebuah kenderaan dari arah belakang di Kilometer 10, Jalan Sungkai-Besaut dekat Tapah malam tadi.

Abdullah Latif Husin, 53, dari Kampung Tiang Bertarah, Sungkai yang cedera parah meninggal di tempat kejadian.

Pemandu kenderaan terbabit menghilangkan diri selepas kemalangan, katanya.

Beliau meminta saksi kejadian supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di talian 05-2451222 atau balai polis berhampiran. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=0k4QMuNLOCw

Tags: kemalangan mautwarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd