• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Asing Ditahan Berhubung Kes Bunuh Pekerja Barang Lusuh

oleh Ahmad Albab
28/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAPAH – Seorang warga asing ditahan dipercayai terlibat dalam kes bunuh seorang lelaki di sebuah premis menjual barang lusuh di Kawasan Perindustrian Bidor semalam.

Ketua Polis Daerah Tapah, ACP Som Sak Din Keliaw berkata lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan di sekitar kawasan berkenaan kira-kira 12 tengah hari iaitu empat jam selepas insiden tersebut.

Dalam kejadian kira-kira 8.20 pagi, mayat M. Nganasekar, 36, dari Sitiawan ditemui dalam keadaan terbaring di atas lantai dengan berlumuran darah serta kesan luka di leher akibat dikelar.

Difahamkan suspek merupakan rakan sekerja mangsa dan pihak polis turut menemui sebilah pisau yang mempunyai kesan darah berhampiran tempat kejadian, katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah hari ini.

Som Sak berkata motif kejadian belum diketahui.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tapah, ASP Mad Nasri Fadzir di talian 05-4015 222 atau balai polis berdekatan. – BERNAMA

 

Tags: kes bunuhwarga asing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd