• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Maut Digilis Lori Selepas Terjatuh Dari Motosikal

oleh Ahmad Albab
03/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang wanita maut digilis lori bermuatan kelapa sawit setelah terjatuh daripada motosikal ditungganginya dalam kejadian di Kilometer 112.5 Jalan Yong Peng-Labis, dekat Batu Pahat, hari ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, kejadian di hadapan bangunan Majlis Daerah Yong Peng (MDYP) itu berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari dan menyebabkan How Moi Hua, 64, berasal dari Jalan Ujong, Yong Peng, maut di tempat kejadian.

“How dipercayai cuba menyeberang jalan terbabit sebelum terlanggar bahagian kanan lori dari arah Yong Peng ke Labis itu ketika sampai di tengah-tengah jalan.

“Dia kemudian terjatuh di atas jalan lalu digilis tayar sebelah kanan lori yang dipandu seorang lelaki berumur 50 tahun tersebut,” katanya menerusi satu kenyataan.

Difahamkan, How mengalami cedera parah di kepala, anggota badan serta putus tangan kanan dan mayatnya dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat, untuk bedah siasat.

Din berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

 

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd