Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Liwat Tidak Berlaku –...

PUTRAJAYA -- Perbuatan liwat di antara penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas...

UMT Hasilkan Sos Lokan...

KUALA NERUS - Sumber lokan yang banyak dan terbiar di kawasan pantai dan...

Perketat Undang-Undang Terhadap Berita...

KOTA BHARU - Penguatkuasaan undang-undang terhadap penyebaran berita palsu melalui pelbagai platform media...

ETS Technologies to Supply...

The task of the common training module is constantly to write a letter....

Wanita Hasilkan Sabun Guna Susu Badan, Hadiah Unik Kepada Rakan

SEORANG wanita mempunyai cara tersendiri untuk menghasilkan hadiah yang unik untuk kawan-kawannya iaitu sabun yang diperbuat daripada susu badannya sendiri.

Wanita itu yang dikenali sebagai Qi, mempunyai bayi berusia empat bulan dan memandangkan dia mempunyai susu badan yang berlebihan maka Qi menggunakannya untuk menghasilkan sabun.

Dia memulakan operasi membuat sabun itu sejak bulan Ogos lalu. Qi akan mengambil masa selama 10 hari untuk menyimpan lebih 10 liter susu badannya dan dengan menggunakan alat yang dibeli melalui internet, dia mula menghasilkan sabun.

Qi juga mempelajari cara-cara menghasilkan sabun melalui internet dan berjaya membuat 110 keping sabun dalam bentuk bunga, hati dan Hello Kitty.

Jelasnya, sabun itu bukan sahaja menandakan dia kini seorang ibu tetapi pada masa yang sama menjadi hadiah unik kepada kawan-kawannya yang kemudian memuat naik sabun tersebut dalam media sosial.

“Ia merupakan hadiah paling unik yang pernah saya terima dan sabun ini juga menjadikan kulit saya lembut serta cantik secara semula jadi,’’kata salah seorang rakan Qi.


Bagaimanapun penggunaan sabun itu perlu mengambil kira aspek keselamatan dan kesihatan.

Menurut pengarah pemakanan di sebuah universiti, Dongrui Qing, terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira sebelum menggunakan sabun dari susu badan.

“Memandangkan susu badan merupakan cecair dari badan, maka ia boleh dengan mudah membawa penyakit bawaan darah. Ibu terbabit juga perlu sihat dan tidak mempunyai rekod penyakit agar ia tidak mengganggu kualiti susu badannya.

“Wanita mengandung dan kanak-kanak pula dilarang menggunakan susu ini kerana mereka mudah terdedah kepada penyakit berjangkit,’’ katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori