• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Usik Manja’ Najib Kalau BR1M Ditarik – Siapa Untung, Siapa Rugi?

oleh Ahmad Albab
11/08/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIADA siapa patut menafikan kenyataan bahawa mata wang negara kini sedikit tenat dengan kejatuhan nilainya, namun ia bukanlah kayu pengukur untuk memberi takrifan menyeluruh tentang keadaan ekonomi Malaysia sekarang.

Hanya kerana khabar angin berkenaan skandal 1Malaysia Development Berhad (BR1M), dana derma RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta beberapa isu fitnah lain, segelintir pihak terutamanya pembangkang terus mendesak agar figura tersebut melepaskan jawatannya selaku ketua kerajaan.

Ibarat tak pernah langsung melakukan sumbangan terhadap kebajikan rakyat dan pembangunan Malaysia, golongan tersebut menggunakan retorik sama untuk berhujah menghentam Najib.

Dana Politik: Saya Hanya Ikut Amalan Selaku Presiden Parti

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang

Mengakui bahawa diri beliau ralat dengan situasi tersebut, Najib dalam ucapannya di perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian Pasir Gudang, memberikan contoh situasi yang melanda syarikat penerbangan Malaysia, MAS.

“Dalam sejarah kita banyak lagi isu, 1MDB belum ada kerugian.

“MAS kita dah tampung berapa bilion, penjualan saham MAS ini pun ada isu, nak sebut saya boleh sebut.

“Kalau saya sebut saya membuka pekung di dada, kalau tak sebut saya pula dipersalahkan.”

Senang cakap, kenapa segelintir dari kita mudah membuat konklusi bahawa syarikat pelaburan yang baru berusia beberapa tahun itu gagal, namun langsung tak nampak bencana lebih besar yang dihadapi satu lagi syarikat milik Malaysia yang telah wujud puluhan tahun lalu? Fikirkan.

IMG_1762

Kalau dilihat, Najib sedaya upaya mengotakan janjinya yang dibuat pada Pilihan Raya Umum lalu apabila menggunakan manifesto ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.

Antara yang jelas, perlaksanaan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang disalurkan mengikut kategori sama ada individu mahupun seisi rumah. Jelas sejelas jelasnya, ia menunjukkan bahawa hasrat kerajaan untuk meringankan beban yang ditanggung rakyat sememangnya sentiasa dikotakan.

Dalam ucapan sama pagi tadi, Najib turut menghulurkan soalan terhadap perwakilan yang hadir berkenaan solusi yang lebih baik sekiranya mereka merasa bahawa bantuan tersebut tidak relevan.

“Tuan-tuan nak BR1M lagi ke tidak? 

“Kalau tidak saya batalkan BR1M, ada cara lain ke lebih baik?”

Ucapan tersebut mula menimbulkan pertanyaaan di benak ramai pihak, adakah Najib benar-benar ingin menghentikan pemberian RM950 untuk isi rumah berpendapatan RM3000 ke bawah dan RM750 untuk isi rumah berpendapatan RM4000 ke bawah?

Pastinya, ia turut memberi kesan kepada golongan bujang apabila bantuan sama bernilai RM350 untuk individu yang berpendapatan RM2000 ke bawah bakal terhapus sama sekali.

Adakah ini hasrat yang dimahukan golongan berpendapatan rendah? Sudah tentulah tidak kerana dalam menghadapi cabaran kehidupan kini, nilai tersebut amatlah dihargai dan sangat membantu mereka menjalani kehidupan dengan lebih sempurna.

Justeru, kritikan semberono itu hanyalah dari segelintir pihak yang sudah kekontangan idea untuk menhentam kepimpinan Najib dan cuba memporak-perandakan imej beliau di mata masyarakat yang bersyukur terhadap pemberian itu.

Jelasnya, inilah strategi pihak terbabit untuk menyebarkan fitnah supaya BR1M dihentikan lantas memudahkan tugas menyuntik propaganda kepada rakyat supaya membenci kerajaan.

Dalam situasi ini, siapa yang akan untung dan siapa yang bakal rugi? Fikirlah sedalam-dalamnya…

Najib – Kena GST Bising, Dapat BR1M Senyap

Tags: 1MDBbantuanBR1MMASNajib Tun RazakPerdana Menteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Shahrol Shiro Sindir PMX: “Budak Ini Siang Malam Kerja Untuk Johor”

Shahrol Shiro Sindir PMX: “Budak Ini Siang Malam Kerja Untuk Johor”

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - “Budak yang PMX sebut ini, kita orang kat Johor dah kenal sangat dah. Budak itulah yang selalu...

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen PH Pulai, Suhaizan Kaiat menyifatkan ucapan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim Konvensyen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd