• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ukir Mall Dicadang Dijadikan Ala Plaza Low Yat Di Kedah

oleh Ahmad Albab
20/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Pemuda UMNO Kedah hari ini menyerahkan memorandum mencadangkan Kompleks Ukir Mall yang terletak di tengah bandar raya Alor Setar, dijadikan sebagai Pusat Perdagangan Alatan Digital ala Plaza ‘Low Yat’, yang pertama di Alor Setar.

Memorandum itu diserahkan kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir, di Wisma Darul Aman di sini hari ini, oleh Ketua Pemuda UMNO Kedah Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin.

Shaiful Hazizy berkata, cadangan itu adalah sebagai satu platform baharu membantu usahawan muda bumiputera Kedah yang ingin melibatkan diri dalam perniagaan peralatan elektronik dan telekomunikasi yang tulen.

“Pemilihan Ukir Mall disebabkan kedudukannya yang strategik kerana berada di tengah bandar, selain merupakan milikan di bawah Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK),” katanya.

Kompleks Ukir Mall, merupakan penempatan sementara bagi peniaga di Pekan Rabu berikutan pembinaan semula pusat membeli-belah ikonik yang akan mengambil masa selama dua tahun setengah.

Katanya, cadangan itu juga bertujuan memudahkan pengguna mendapatkan alat telekomunikasi dan digital, memandangkan tempat yang terhad di negeri ini.

Pemuda UMNO menurutnya juga mencadangkan agar kerajaan negeri bekerjasama dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara) dalam menyediakan perkhidmatan latihan dan panduan kepada peniaga bumiputera yang baharu, bagi memastikan mereka tidak ditindas mana-mana pihak.

Isu rasis dan politik menurut Shaiful Hazizy, tidak seharusnya timbul kerana pewujudan pusat berkenaan memberi manfaat kepada semua pihak tanpa mengira kaum.

Sementara itu, ditanya mengenai reaksi daripada Mukhriz, Shaiful Hazizy berkata cadangan itu disambut baik oleh beliau kerana ini merupakan permulaan yang baik.

Menteri Besar itu juga menyarankan mereka untuk bekerjasama rapat dengan Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi dan Sumber Tenaga Manusia Negeri, Datuk Norsabrina Mohd Noor dalam melaksanakan cadangan itu. – BERNAMA

Cadangan Pekan Rabu Sementara Di Ukir Mall

Tags: Plaza Low Yat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Curi Telefon Di Low Yat, Shahrul Dipenjara 4 Bulan

25/05/2016
0

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur dihukum penjara empat bulan dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas...

Remaja Maut Terjun Tingkat Empat Plaza Low Yat

21/05/2016
0

KUALA LUMPUR - Seorang remaja Cina mati selepas nekad terjun dari tingkat empat Plaza Low Yat semalam. Insiden itu berlaku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd