Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Agenda Bumiputera Kini Diangkat...

PUTRAJAYA - Agenda Bumiputera bukan lagi satu agenda nasional, sebaliknya kini sudah diangkat...

PAS Tidak Akan Berunding...

KUALA LUMPUR - PAS tidak akan berunding dengan DAP dalam usaha mewujudkan pertembungan...

Pencemaran Toksik: 3 Tertuduh...

JOHOR BAHRU - Mahkamah Tinggi di sini pagi ini membenarkan jaminan terhadap pemandu...

Penganggur Ditahan Bersama 205...

BUKIT MERTAJAM - Polis menahan seorang lelaki dan merampas 205 bungkusan air ketum...

Tulang Tertanam Sedalam 0.61 Meter Di Lokasi Nahas MH17

PUTRAJAYA – Impak daripada kebakaran dan hempasan semasa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 menyebabkan sebahagian tulang mangsa tertanam sedalam 0.61 meter (dua kaki) di bawah tanah, kata Ketua Penolong Pengarah D13 (Bank Data/DNA), ACP Hussein Omar Khan.

Komander Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tragedi MH17 itu berkata, tulang mangsa ditemukan tertanam dalam tanah ketika pasukan pemulihan melakukan misi terakhirnya pada April tahun ini.

“Sehingga April tahun ini, hanya 296 mangsa mempunyai identiti positif manakala dua mangsa lagi tidak dapat dikenal pasti. Oleh itu, pasukan pemulihan membuat misi akhir April lepas,” katanya dan menambah hanya Belanda dan Malaysia pergi ke misi itu kerana Australia merasakan ia berisiko tinggi.

“Kami menggunakan kereta berperisai dan kalis peluru untuk memasuki lokasi nahas,” katanya dalam ceramah bertajuk ‘Mass Fatality Investigation: The MH17 Experience’ pada Persidangan Antarabangsa mengenai Forensik Alam Sekitar anjuran Universiti Putra Malaysia di sini hari ini.

Pesawat MAS Boeing 777 itu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Amsterdam ketika terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai 2014, mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal.

Hussein berkata semasa misi akhir itu, pasukan pemulihan terpaksa menggali kawasan nahas itu kerana ada tulang yang dijumpai tertanam di situ.


“Forensik arkeologi digunakan bagi pencarian kali ini. Agak mengejutkan apabila kami menjumpai tulang berukuran 40cm dan tertanam sedalam 0.61 meter dalam tanah,” katanya.

Hussein berkata selepas misi akhir itu, pasukan pemulihan percaya dua mangsa terakhir sudah dikenal pasti dan 99 peratus operasi pemulihan telah selesai.

“Kini rumput sudah tumbuh di lokasi nahas dan tidak mungkin pasukan pemulihan ke sana lagi melainkan jika terdapat apa-apa keperluan,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MH17

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori