• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tukang Urut Dipenjara 3 Bulan Curi Telefon Bimbit

oleh Ahmad Albab
03/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan ke atas seorang tukang urut selepas mengaku bersalah mencuri telefon bimbit Jumaat lepas.

Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan menjatuhkan hukuman itu terhadap Cheah Kok Keong, 37, kerana mencuri telefon bimbit bernilai RM2,099 milik eksekutif pemasaran, Nur Hadzwani Hamdan, 24, di Pasaraya Tesco Scott Garden, Jalan Klang Lama, Brickfields di sini pada pukul 12.45 tengah hari, Jumaat lepas.

Mahkamah memerintahkan dia menjalani hukuman penjara itu bermula daripada tarikh ditangkap pada 31 Julai lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, tertuduh meminjam telefon bimbit mangsa untuk membuat panggilan kerana telefon bimbitnya kehabisan bateri sebelum bertindak melarikan diri menaiki teksi.

Berikutan itu, mangsa meminta pertolongan pengawal keselamatan di situ dan tertuduh kemudiannya berjaya ditangkap.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Norazlin Mohamad Yusoff memohon hukuman setimpal supaya dapat memberi pengajaran kepada tertuduh.

Bagaimanapun dia yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan isterinya menghidap kencing manis dan tidak bekerja.

“Saya minta maaf, saya tidak ada wang, saya janji tidak akan ulangi lagi kesalahan ini,” kata bapa kepada seorang anak sambil menangis teresak-esak di dalam kandang tertuduh.

Di mahkamah sama, seorang penghantar surat didenda RM2,500 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mendatangkan kecederaan ke atas seorang pengawal keselamatan menggunakan topi keledar, minggu lepas.

Ashraf Rezal menjatuhkan hukuman itu terhadap I. Sooriyahprakaash, 20, dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda itu.

Sooriyahprakaash didakwa bersama-sama enam lagi yang masih bebas kerana mendatangkan kecederaan terhadap Barinder Singh, 40-an, lelaki warga Nepal dengan menggunakan topi keledar di Jalan Ipoh Batu 4 1/2, Sentul di sini pada 29 Julai lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu.

Mengikut fakta kes, tertuduh bergaduh dengan teman wanitanya kerana cemburu, sebelum wanita itu meminta bantuan daripada pengawal keselamatan, sebaliknya dia (pengawal keselamatan) dipukul tertuduh dan rakan-rakannya. – BERNAMA

 

Tags: Kes Curimahkamah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd