• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Tatatertib Jika Anggota MCA Sertai Bersih 4 – Chew

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Anggota MCA yang didapati terlibat dalam perhimpunan haram Bersih 4 di ibu negara akan dikenakan tindakan tatatertib, kata Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun.

Beliau berkata parti itu mempunyai mekanisme untuk menjalankan siasatan terhadap anggotanya yang menyertai atau terlibat dalam perhimpunan haram itu.

“MCA tidak galakkan anggota parti menyertai perhimpunan Bersih 4,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaraan Anugerah Industri Kecil dan Sederhana (IKS) peringkat Pulau Pinang, di sini hari ini.

Sementara itu Chew, yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, menggesa golongan wanita merebut peluang serta kemudahan yang disediakan kerajaan untuk mencapai kejayaan dalam bidang keusahawanan.

Beliau berkata bantuan kewangan dan latihan telah lama diwujudkan oleh kerajaan bagi memastikan usahawan wanita lebih berdaya saing dalam pasaran perniagaan yang semakin mencabar.

“Adalah menjadi agenda kerajaan untuk meningkatkan jumlah usahawan wanita, oleh itu kami di kementerian memberi peluang kepada mereka dengan pelbagai pakej bantuan untuk meneroka bidang perniagaan…gunakanlah peluang yang diberikan ini sebaik mungkin,” katanya.

Beliau berkata pada masa ini terdapat 19.7 peratus wanita terlibat dalam IKS dan pihaknya menyasarkan peningkatan kepada 30 peratus wanita menceburi bidang itu menjelang tahun depan. – BERNAMA

 

 

Tags: Bersih 4.0MCA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

23/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mendedahkan jumlah keseluruhan projek pengangkutan yang diluluskan kepada 13 negeri lain susulan dakwaan Pulau Pinang...

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Seru Undi Calon MCA, MIC

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Seru Undi Calon MCA, MIC

24/07/2026
0

SEREMBAN - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyeru penyokong PAS dan seluruh rakyat Negeri Sembilan mengundi calon MCA...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd