• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Guling Kerajaan Adalah Haram – Mufti Perak

oleh Ahmad Albab
25/08/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria berkata, tindakan pihak tertentu mahu mengguling kerajaan adalah haram kerana tindakan itu tidak terdapat dalam ajaran Islam.

Beliau berkata sebagai seorang Islam perlu mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Katanya, orang Islam diwajibkan untuk menasihati kerajaan jika terdapat unsur kezaliman dalam pentadbiran dan itu merupakan jihad terbesar.

“Dan ini kita sudah usahakan. Kita telah menubuhkan pertubuhan ulama umarak yang terdiri daripada perdana menteri, menteri-menteri dan ulama, mufti-mufti yang kita adakan persidangan setiap tiga bulan sekali.

“Dalam mesyuarat itu kita akan memberi nasihat dan pandangan … kita tegur apa yang patut dan tidak patut dibuat,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Restoran D’Asnaf di sini hari ini.

Harussani berkata sebagai anggota kerajaan termasuk menteri dan Exco kerajaan negeri, mereka telah berikrar melaksanakan tugas mengikut perlembagaan yang ditetapkan.

“Ikrar berkenaan yang menyatakan sumpah dengan nama Allah sebanyak tiga kali merupakan sumpah yang perlu dilaksana … kalau dia melanggar sumpah, maknanya dia dilaknat Allah.

“Bila kita bersumpah selagi sumpah itu tidak melanggar syarak, wajib kita laksanakan … kalau bersumpah untuk melakukan benda melanggar syarak, wajib dia batalkan sumpah,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai penggunaan rokok elektronik atau lebih dikenali sebagai ‘vape’, Harussani berkata setiap sesuatu yang mendatangkan bahaya terhadap kesihatan adalah haram menurut Islam.

“Setakat ini belum lagi (dikeluarkan fatwa rasmi)… jika ada orang minta untuk keluarkan fatwa, kita (Majlis Fatwa Kebangsaan) akan panggil bahagian pendidikan dan kesihatan untuk terangkan kepada kita, baru buat (keluarkan) fatwa,” katanya. – BERNAMA

https://youtu.be/DybhHzXaeVs

Tags: Dr Harussani Zakariaguling
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Allahyarham Tokoh Islam Dihormati, Disayangi – Sultan Perak

01/06/2021
0

IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarham Tan Sri Dr Harussani Zakaria yang...

“Kekal Jawatan Mufti Hingga Akhir Hayat”

31/05/2021
0

IPOH - Allahyarham Tan Sri Dr Harussani Zakaria pernah beberapa kali menyuarakan hasrat menamatkan perkhidmatan sebagai Mufti Perak untuk memberi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd