SEKALUNG tahniah diucapkan kepada pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang selamat menimang cahaya mata kedua, semalam.
BACA: Aeril Zafrel, Wawa Zainal Akhirnya Bersanding 31 Januari Ini
Perkhabaran gembira itu disampaikan oleh Wawa Zainal yang berkongsi gambar bayi bersama keluarganya menerusi akaun Instagram.
“Helo baby girl.. tak sabar nak jumpa abang Attar esok. Ehem..belum ada nama untuk baby girl. Ada suggestion tak?” tulis Wawa Zainal.
https://instagram.com/p/6h_wWVTXGv/?taken-by=waw4_zainal
Wawa Zainal yang terkenal menerusi filem 99 Kali Rindu selamat melahirkan bayi perempuan kira-kira jam 10.04 malam.
Pasangan ini yang bernikah pada 25 Februari 2012 dan mempunyai seorang lagi anak lelaki yang diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar.
Tahniah Aeril dan Wawa. Semoga kelahiran bayi ini menambahkan lagi seri dan kebahagian keluarga ini. – MYNEWSHUB. CC