Wednesday, July 24, 2024

Creating liberating content

Pejabat MB Kelantan Dimasuki...

KOTA BHARU - Pejabat Menteri Besar Kelantan dan Pejabat Perbendaharaan Kerajaan Kelantan di...

Program Realiti Papar Pasangan...

PERSOALAN mengenai seks di kalangan masyarakat Barat bukanlah suatu perkara taboo untuk dibincangkan...

MKN Gerak Pasukan SMART...

PETALING JAYA - Majlis Keselamatan Negara (MKN) menggerakkan 25 anggota Pasukan Mencari dan...

11 Hospital Tanpa Pakar...

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan akan menaik taraf 11 buah hospital tanpa pakar...

‘Tamat Riwayat’ NUFAM, MASEU Sempena Kelahiran MAB

KADANG kala timbul juga rasa bosan, jelik malah meluat pun ada apabila tengok lepas satu dan satu isu tanpa henti melibatkan kesatuan sekerja yang dilihat cuba ‘menjejaskan’ pelan pemulihan Malaysia Airlines (MAS).

Masing-masing cuba berlagak konon mahu jadi wira, tetapi hakikatnya tindakan mereka itu bukan sahaja boleh memburukkan lagi keadaan bahkan sudah sampai ke tahap keterlaluan sehingga sabotaj imej negara sendiri.

Walhal kerajaan melalui sayap pelaburan Khazanah Nasional Berhad yang memiliki MAS terpaksa suntik RM6 bilion duit rakyat sebagai ‘talian hayat’ syarikat penerbangan negara itu daripada langsung tersungkur jatuh muflis.

Terbaharu National Union Flight Attendant of Malaysia (NUFAM) khabarnya cuba buat ugutan akhir menjelang pelancaran MAS yang bakal dikenali sebagai Malaysia Airlines Berhad (MAB) bermula pada 1 September ini.

Kesatuan itu yang langsung tidak pernah diiktiraf pihak pengurusan MAS selama ini dilaporkan mengancam mahu buat perhimpunan bantahan beramai-ramai pada 31 Ogos, sehari sebelum MAB wujud; konon sempena sambutan Hari Kebangsaan 2015.

Alasannya demi memperjuangkan hak kebajikan 6,000 pekerja MAS Lama yang diberhentikan tetapi agenda niat tersirat mereka memang jelas sengaja mahu mencetuskan suasana hubungan perusahaan tidak harmoni.

Tidak ketinggalan cuba tonjol diri ‘menagih simpati’ ialah MAS Empoyee’s Union (MASEU) yang konon dakwa bakal tidak lagi diiktiraf MAB, walhal Akta MAS 2015 membenarkan pembentukan kesatuan asalkan ada pengiktirafan MAB.

Selain itu, ia turut mendakwa gaji diterima pekerja yang dikekalkan lebih rendah, tiada lagi bayaran kerja lebih masa dan faedah tiket penerbangan dimansuhkan sekali gus mahu mencabar isu akta ini di mahkamah.

Hakikatnya, apa yang disorok ialah kedua-dua NUFAM dan MASEU kemungkinan besar tidak lagi berfungsi apabila ‘MAS Lama’ ditutup dan MAB dilahirkan bulan depan memandangkan ia betul-betul syarikat baharu.

Justeru, tidak hairanlah dua kesatuan itu bermati-matian cetus pelbagai isu remeh menjelang pembentukan MAB sampai ada tergamak ancam buat perhimpunan bantahan pada tarikh istimewa hari kemerdekaan pula!

Mereka sedar sebaik memasuki detik 1 September, NUFAM dan MASEU secara teknikal boleh dianggap sebagai sudah berkubur serta perlu memohon semula daripada pihak pengurusan MAB untuk diiktiraf balik.

Sekadar rekod, MAB ialah entiti baharu perniagaan yang tiada kena-mengena lagi dengan MAS dan sejajar dengan kewujudan syarikat ini, semua pekerja ‘MAS Lama’ yang dipilih mendapat surat tawaran baharu.

Ini bermakna mereka harus terima hakikat dilayan macam pekerja baharu dengan syarat dan terma seperti mana yang ditetapkan oleh pihak pengurusan baharu kerana ‘MAS Lama’ dianggap sebagai tidak lagi wujud.


Sewajarnya 14,000 pekerja yang dipilih semula harus bersyukur kerana masih dapat peluang kerja, namun pada masa sama wajar insaf, ini bukan MAS tetapi MAB yang bermula langsung daripada sifar atau tiada apa-apa.

Jika dilihat kebelakangan ini, pelbagai syarikat penerbangan termasuk Emirates, Qatar Airways, Kuwait Air bahkan AirAsia dan Malindo pun membuat tawaran lebih lumayan kepada pekerja MAS yang berpengalaman.

Ini bermakna peluang pekerjaan memang terbuka luas tetapi apa yang berlaku, 98 peratus daripada 14,000 pekerja lama yang ditawarkan berkhidmat dengan MAB bersetuju untuk menerima tawaran semula itu.

Bukankah ini menunjukkan yang tawaran adalah at par atau masih lagi setara dengan garis standard antarabangsa berdasarkan kepada tahap penerimaan jawatan iaitu 98 peratus pekerja yang sudah bersetuju itu?

Dakwaan kesatuan terbabit kalau dilihat seolah-olah mahu menggambarkan pekerja lama MAS ini mahu diperah sehabis mungkin keringat mereka daripada entiti dahulu yang secara teknikal sudah pun bangkrap.

Perlu diingat RM1.5 billion pampasan yang perlu dibayar kepada semua pekerja ‘MAS Lama’ bukan daripada ‘kantung‘ MAS sendiri tetapi ia adalah dana daripada Khazanah atau dalam bahasa mudah: duit rakyat!

Logiknya adakah patut pekerja mendapat pampasan kalau bisnes rugi padahal kalau dilihat syarikat lain, jika diisytiharkan ‘bungkus’ akibat kerugian, pekerja sedih menangis langsung tidak dapat apa-apa pampasan.

Realitinya, bersyukurlah staf ‘MAS Lama’ yang dipilih semula menyertai MAB kerana dalam keadaan ekonomi tidak menentu, mereka masih lagi ada kerja sedangkan di luar sana ramai menganggur letih cari kerja kosong.

Dalam masa sama, berilah peluang kepada pengurusan baharu untuk membina MAB menjadi sebuah gergasi penerbangan global disegani, bukan sabotaj dengan buat pelbagai tuntutan seolah-olah ini syarikat kaya-raya.

Selamat Tinggal MASEU. Selamat Tinggal NUFAM!!!

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori