• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Taman Tema Air Akan Dibina Di Padang Besar

oleh Ahmad Albab
15/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG BESAR – Sebuah taman tema air akan dibina di kawasan seluas empat hektar di Titi Tinggi di sini sebagai tarikan pelancong, kata Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Titi Tinggi, Khaw Hock Kong.

Beliau bagaimanapun berkata konsep taman tema air itu masih lagi di peringkat perancangan dan projek tersebut yang bakal dibangunkan oleh usahawan tempatan dijangka menjadi destinasi pelancongan popular.

Taman itu diharap ‘memerangkap’ pelancong yang selama ini menjadikan Perlis sebagai transit untuk ke Pulau Langkawi atau Thailand dan dari Thailand ke Pulau Pinang atau Kuala Lumpur untuk bermalam di negeri itu.

“Perkhidmatan kereta api elektrik (ETS) yang beroperasi mulai 10 Julai lepas telah menampakkan impak awal peningkatan bilangan pelancong luar datang ke Padang Besar khasnya pada hujung minggu dan cuti umum.

“Saya jangka kedatangan pelancong ke Perlis kira-kira 2.5 juta setahun sebelum ini akan meningkat dengan adanya produk terbaru itu,” katanya kepada pemberita pada jamuan Hari Raya kawasannya di sini Jumaat malam.

Selain itu, lokasi Padang Besar yang strategik bakal pesat berkembang apabila dibangunkan sebagai Pelabuhan Darat Perlis (PIP) dalam Rancangan Malaysia Ke-11 sekali gus merancakkan pertumbuhan ekonomi tempatan.

Mengenai kelulusan pembinaan Hospital Padang Besar yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, Khaw berkata projek dirancang sejak 2008 itu penting bagi penduduk dan sebagai menyokong PIP.

“Jumlah penduduk kawasan ini sudah lebih 40,000 orang yang pada masa ini terpaksa mendapatkan perkhidmatan di Hospital Tuanku Fauziah di Kangar, kira-kira 45 minit perjalanan dari Padang Besar,” katanya.

justeru katanya, pembinaan hospital baharu itu dengan membabitkan peruntukan RM200 juta diharap dapat disegerakan . – Agensi/Mynewshub.cc

Tags: PerlisTaman Tema
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

16/10/2024
0

KANGAR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis bersiap siaga dengan kemungkinan banjir gelombang ketiga di negeri itu pada Jumaat...

36 Rumah Rosak Dalam Kejadian Ribut Di Perlis

36 Rumah Rosak Dalam Kejadian Ribut Di Perlis

23/06/2024
0

Kangar : Sebanyak 36 rumah mengalami kerosakan dalam dua kejadian ribut yang melanda Perlis hari ini, dan Jumaat lalu, menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd