• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Johor Berkenan Rasmikan Sambutan 50 Tahun IPGKTI

oleh Ahmad Albab
26/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berkenan merasmikan Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim (IPGKTI) di sini.

Baginda yang disambut Rektor IPG Malaysia Datuk Sulaiman Wak turut berkenan menyempurnakan pelancaran buku khas Jubli Emas IPGKTI dan melawat galeri institut berkenaan.

Turut hadir Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor Amran A Rahman; Mufti negeriMohd Tahrir Samsudin dan Pengarah IPGKTI, Rubiah Ahmad.

Pelbagai aktiviti turut diadakan termasuk Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan Zon Selatan 2015.

Terdahulu, Rubiah dalam ucapannya berkata IPGKTI melahirkan ramai tokoh tersohor sepanjang sejarah penubuhannya.

Tokoh-tokoh itu antaranya Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dan Anggota Parlimen Tanjong Karang Datuk Seri Noh Omar.

Kata beliau IPGKTI akan terus menjamin kecemerlangan profesion perguruan dengan berusaha menghasilkan guru-guru cemerlang dan berkualiti, seperti mana yang terkandung dalam Standard Guru Malaysia (SGM) serta keperluan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Pada ketika ini, IPGKTI mengendalikan program latihan perguruan praperkhidmatan seperti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah dan Kursus Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan. – BERNAMA

Tags: Sultan Johor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemangku Sultan Johor Tunaikan Solat Sunat Aidiladha Bersama Rakyat

Pemangku Sultan Johor Tunaikan Solat Sunat Aidiladha Bersama Rakyat

27/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha bersama rakyat di Masjid...

Sultan Johor Dipilih Agong Ke-17, Sultan Nazrin Timbalan

Sultan Johor Dipilih Agong Ke-17, Sultan Nazrin Timbalan

27/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Januari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd