• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Terima 246 Aduan ‘ Lesen Terbang’ Dari 2011-2015

oleh Ahmad Albab
16/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima sebanyak 246 aduan berhubung kesalahan sogokan bagi mendapatkan lesen memandu dengan cara yang mudah dalam tempoh lima tahun sejak 2011.

Pengarah Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan SPRM Datuk Yusoff Akope berkata daripada jumlah itu sebanyak 124 kes disiasat membabitkan 61 tangkapan orang awam, Jabatan Pengangkutan Jalan dan wakil institut memandu dari seluruh negara.

“Kesalahan paling tinggi dikesan ialah melibatkan lesen memandu. Ada individu sanggup menawarkan wang untuk mendapatkan lesen memandu dengan cara yang cepat dan mudah.

“Kita memandang serius gejala rasuah seperti ini kerana ia juga turut memberi kesan sampingan serta mencalarkan imej Jabatan dan institut memandu itu sendiri,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangi Ikrar Integriti Korporat (CIP) dengan Institut memandu negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang.

Beliau berkata pihaknya percaya sekiranya pemantauan terhadap peraturan dan prosedur permohonan serta kelulusan lesen memandu itu dilakukan secara kerap dan menyeluruh, masalah ‘lesen terbang’ ini tidak akan timbul.

“Penggunaan CIP adalah satu inisiatif bagi mengekang gejala yang bukan sahaja melibatkan orang awam malah penjawat awam sekali gus mencegah kegiatan lesen terbang,” katanya.

Justeru katanya, SPRM menyeru semua pihak khususnya calon ujian memandu agar tampil melaporkan kes rasuah untuk mendapatkan lesen tanpa ujian kerana ia melibatkan isu keselamatan pengguna jalan raya. – BERNAMA

Tags: SPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd