• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Larang Pembangkang Adakan Perhimpunan

oleh Ahmad Albab
11/08/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRPM) melarang parti pembangkang daripada mengadakan perhimpunan di semua pejabat SPRM kononnya bagi menyokong agensi itu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, perhimpunan itu dibimbangi akan mewujudkan suasana tidak selesa kepada orang ramai.

“Meskipun SPRM menghargai sokongan mereka, SPRM memohon kerjasama agar tidak meneruskan tindakan mereka kerana bimbang ia akan mewujudkan suasana tidak selesa kepada orang ramai yang berurusan dengan jabatan-jabatan kerajaan memandangkan sebahagian besar pejabat SPRM terletak dalam kompleks atau bangunan Kerajaan Persekutuan.

“Pada pandangan SPRM memadai dengan sokongan yang telah diperlihatkan setakat ini dan memohon rakyat terus memberi kerjasama dengan SPRM dalam memerangi jenayah rasuah,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mustafar dalam pada itu menegaskan, rakyat sebenarnya boleh memberi kerjasama dalam memerangi rasuah dengan tidak memberi rasuah, tidak menerima rasuah dan melaporkan semua bentuk jenayah rasuah.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam mengarahkan semua ahli parti pembangkang mengadakan perhimpunan di pejabat SPRM di seluruh negara.

Perhimpunan itu kononnya bagi menunjukkan sokongan kepada SPRM yang sedang menyiasat pemimpin negara sedangkan parti pembangkang sering mengkritik SPRM sebagai sebuah agensi yang tidak telus selama ini. – Mynewshub.cc

Tags: SPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang Exco kerajaan Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd