Sunday, November 10, 2024

Creating liberating content

Bagaimana Mahu Baca Mesej,...

KITA sering menyesal apabila memadam mesej WhatsApp sama ada secara sengaja atau tak...

Baca! Kronologi Kehilangan 7...

KES kehilangan tujuh orang murid Orang Asli sejak 47 hari lalu ternyata memberi...

Virus Covid-19 Semakin Lemah?

Virus korona COVID-19 semakin lemah dan keupayaannya menyebabkan maut juga berkurangan, kata seorang doktor mapan Itali pada Ahad

Sarjan Polis Dipenjara 2...

IPOH - Seorang sarjan polis dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM35,000...

Replika Kereta Kebal Semarak Sambutan Hari Kebangsaan

ALOR SETAR – Bagi menyemarak sambutan Hari Kebangsaan ke-58, penduduk Taman Sri Kota di Jalan Kuala Kedah dekat sini mengambil inisiatif membina sebuah replika kereta kebal yang dihiasi dengan Jalur Gemilang.

Replika sepanjang 365 sentimeter dengan kelebaran 243 sentimeter itu dibina sejak seminggu lepas dengan menggunakan barangan terpakai seperti getah tayar motosikal dan buluh.

Pengerusi Kelab Rukun Tetangga Taman Sri Kota, Azlina Abd Aziz berkata mereka memilih objek kereta kebal kerana ia merupakan simbol perjuangan pasukan keselamatan terdahulu yang berjuang mempertahankan tanah air daripada serangan musuh seperti komunis dan juga tentera Jepun.

“Kalau dahulu keris adalah lambang kepahlawanan Melayu tetapi kereta kebal merupakan senjata yang digunakan untuk mempertahankan negara,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata kira-kira 200 batang buluh digunakan bagi menyiapkan kerangka replika dan diikat dengan menggunakan getah tayar motosikal terpakai dan dihiasai dengan lebih 70 Jalur Gemilang.


Seorang penduduk Mohd Fuad Saud, 45, berkata mereka berbangga dapat menyiapkan replika tersebut.

“Kita mahu tonjolkan semangat patriotik dengan menghasilkan sesuatu seperti replika yang penduduk taman ini bersatu padu dan berusaha keras bagi menyiapkannya,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori