• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat M’sia Perlu Sehati Sejiwa Semarak Sambutan Bulan Kebangsaan

oleh Ahmad Albab
24/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin mahu rakyat Malaysia menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan sepenuh hati dan mengetepikan perbezaan fahaman politik, sesuai dengan tema hari kebangsaan tahun ini iaitu ‘sehati sejiwa’.

Beliau berkata, perbezaan ideologi politik, budaya dan agama bukan penghalang kepada sambutan kemerdekaan yang lebih meriah kerana ‘kita semua memiliki persamaan iaitu sebagai rakyat Malaysia’.

“Kenapa kita mesti bertengkar sepanjang masa?, Ini tidak perlu, walaupun kita ada perbezaan dalam banyak perkara tetapi dalam meraikan kemerdekaan ini, kita mesti ‘satu’ hati dan jiwa kerana kermerdekaan itu hanya ‘satu’, kita tidak merdeka berulang kali, hanya sekali dan ini perlu dipertahankan setiap saat,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan pelancaran Kembara Merdeka Jalur Gemilang peringkat dearah Putatan 2015 di sini, hari ini.

Yahya berkata demikian sebagai megulas tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang dikatakan cuba mempolitikkan sambutan kemerdekaan apabila menggunakan tema yang berbeza.

Yahya turut menyelar tindakan Setiausaha Agung DAP itu sebagai tidak sehati dan sejiwa dalam bersama-sama kerajaan untuk meraikan Hari Kebangsaan.

Terdahulu dalam ucapannya, Yahya menyokong cadangan kerajaan untuk melaksanakan standard antarabangsa bagi mengawal selia Internet.

Katanya, cadangan yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak itu penting bagi menangani serangan jahat dan tohmahan fitnah yang dilemparkan kepada kerajaan sedia ada dan para pemimpin, menerusi media sosial di negara ini.

Yahya berkata, meskipun kemerdekaan itu bererti bebas bergerak dan bersuara namun perlu diingatkan bahawa kebebasan mesti ada hadnya.

“Jangan sesekali salah erti dan salah guna kebebasan itu supaya tidak bercanggah dengan undang-undang negara.

Kesemua kemudahan sosial termasuk Facebook, Twitter dan Whatsapp tidak dinafikan banyak memberikan kebaikan namun jika tidak terkawal boleh mendatangkan keburukan seterusnya membahayakan negara dan rakyat,” katanya.

Beliau juga meminta, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan polis agar sentiasa memantau penggunaan media sosial dan bertindak segera ke atas individu yang salah guna kemudahan itu. – BERNAMA

Tags: Hari Kebangsaanrakyat Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah mengingatkan rakyat Malaysia sentiasa menitikberatkan kepentingan memelihara adab dan nilai menghormati...

Individu Tidak Mahu Ikut Prinsip Rukun Negara Tidak Layak Digelar Warganegara Malaysia –  Yang di-Pertuan Agong

Individu Tidak Mahu Ikut Prinsip Rukun Negara Tidak Layak Digelar Warganegara Malaysia – Yang di-Pertuan Agong

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah mana-mana individu yang tidak mahu mengikut prinsip Rukun Negara tidak layak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd