• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Radioaktif Perlombongan Bauksit Tidak Pada Tahap Bahaya

oleh Ahmad Albab
10/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Tahap radioaktif disebabkan oleh aktiviti perlombongan bauksit di daerah ini tidak berada pada tahap bahaya, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Madius Tangau.

Beliau berkata sehubungan itu orang ramai tidak perlu khuatir dengan laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris bahawa tahap radioaktif di kawasan yang terlibat dengan aktiviti itu berada pada paras membimbangkan.

Katanya kandungan tahap radioaktif dalam jumlah pepejal terampai yang dilaporkan oleh akhbar tersebut sebenarnya pada tahap normal dan tidak memberi risiko kepada orang awam.

“Saya sendiri turun padang untuk melihat keadaan perlombongan bauksit yang telah dilaporkan akhbar itu dan sedikit sebanyak telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat khususnya berkaitan dengan tahap radioaktif.

“Selaku kementerian yang bertanggungjawab dengan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), sebaik sahaja laporan disiarkan kami telah mengambil langkah proaktif dengan mengambil sampel untuk dianalisis,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat kawasan perlombongan bauksit di RTP Bukit Goh, Felda Bukit Goh dan kawasan simpanan stok bauksit di Pelabuhan Kuantan, di sini hari ini.

Katanya AELB dan Agensi Nuklear Malaysia (ANM) telahpun mengambil sampel tanah, air dan bauksit di lokasi berkenaan minggu lepas untuk dianalisis dan Jabatan Kimia pula sedang menganalisis sampel air dari sungai yang diterima daripada Jabatan Alam Sekitar Pahang.

Madius berkata semua laporan hasil analisis itu nanti akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dibentangkan di dalam kabinet.

Beliau turut menjelaskan ujian untuk mengesan tahap radioaktif akan mengambil masa sehingga sebulan.

Pada masa yang sama, beliau turut mempertikaikan hasil ujian radioaktif yang disiarkan oleh akhbar berkenaan dari segi metodologi analisis termasuk kaedah persampelan dan alatan yang diguna.

Selain itu, katanya makmal terlibat juga tidak dinyatakan sedangkan di Malaysia hanya dua makmal sahaja yang berkeupayaan menjalankan ujian berkaitan radioaktif iaitu Asia Lab Sdn Bhd dan ANM.

“Kerajaan tidak mahu apa yang telah dilaporkan jadi satu kebimbangan rakyat … sebab itu kita bercadang untuk buat satu pelan komunikasi yang lebih proaktif supaya rakyat lebih memahami berhubung radioaktif,” katanya. – BERNAMA

Tags: bauksit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aktiviti Melombong, Eksport Bauksit Boleh Diteruskan

19/02/2019
0

TEMPOH moratorium kegiatan perlombongan dan pengeksportan bauksit dari Pahang yang akan berakhir pada 31 Mac depan tidak akan dilanjutkan, umum...

Perlu Tegas Pastikan Tiada Perlombongan Bauksit Berjalan

11/09/2018
0

KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang diminta tegas melakukan penguatkuasaan dalam mengawal selia aktiviti perlombongan bauksit berikutan pengumuman pengeluaran lesen eksport...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd