• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pulau Pinang Guna Tema ‘Sehati Sejiwa’, Kata Ketua Menteri

oleh Ahmad Albab
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kerajaan Pulau Pinang menarik balik tema ‘Bersih, Cekap, Amanah’ untuk sambutan Hari Kebangsaan 2015 peringkat negeri dan akan menggunakan tema yang sama dengan kerajaan pusat ‘Sehati Sejiwa’.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata dengan penarikan tema itu, tidak timbul lagi masalah untuk agensi persekutuan seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyertai sambutan Hari Kebangsaan 2015 peringkat negeri.

“Keputusan ATM menarik diri daripada sambutan kali ini akibat akur kepada desakan kerajaan pusat telah menyebabkan kerajaan negeri membuat pertimbangan semula. Penghormatan diraja oleh ATM kepada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas adalah satu kewajipan tradisi sambutan Hari Kebangsaan.

“Atas semangat kemerdekaan dan demi mempertahankan kewibawaan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang sebagai ketua negeri … kerajaan negeri dengan berat hati menarik balik tema ‘Bersih, Cekap, Amanah’.

“Kerajaan negeri akan menggunakan tema yang sama dengan yang telah diumumkan oleh kerajaan pusat,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam, ATM memutuskan untuk tidak terlibat dalam sebarang aktiviti sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Pulau Pinang.

Dalam satu kenyataan, ia berkata keputusan itu dibuat berikutan tema sambutan Hari Kebangsaan anjuran kerajaan negeri iaitu ‘Bersih, Cekap dan Amanah’ tidak sejajar dengan jiwa serta semangat sambutan Hari Kebangsaan 2015.

Sebelum ini Jabatan Pendidikan Pulau Pinang turut mengarahkan agar semua sekolah di negeri ini supaya tidak menyertai sebarang sambutan dan perarakan Hari Kebangsaan anjuran kerajaan negeri sehingga mendapat arahan selanjutnya daripada Kementerian Pendidikan.

Lim berkata sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri sememangnya telah menggunakan tema yang berlainan daripada sambutan di peringkat kebangsaan sejak tahun 2010. – BERNAMA

Tags: Hari KebangsaanLim Guan Eng
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Menteri Kewangan Paling Gagal – Fadzmel Fadzil

Lim Guan Eng Menteri Kewangan Paling Gagal – Fadzmel Fadzil

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Akhbar kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Fadzmel Fadzil membidas Lim Guan...

UMNO Main Peranan Utama Anthony Loke Tewas DUN Chennah – Lim Guan Eng

UMNO Main Peranan Utama Anthony Loke Tewas DUN Chennah – Lim Guan Eng

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO memainkan peranan utama dalam menyebabkan kekalahan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook di kerusi Dewan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd