• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Potong Bajet Iklan Punca Kurang Pelancong Ke Malaysia

oleh Ahmad Albab
17/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia ketinggalan di belakang sebagai pilihan destinasi di kalangan pelancong, selepas berlakunya pemotongan bajet promosi dan pengiklanan secara besar-besaran.

Bilangan kumpulan besar pelancong yang datang ke negara ini menggunakan laluan udara semakin berkurangan.

Bajet untuk promosi dan pengiklanan dikurangkan kepada RM50 juta, dan ini mengecewakan pemain industri yang masih merasai kesan daripada dua tragedi pesawat tahun lalu.

Pengerusi Tourism Malaysia, Wee Choo Keong berkata, jumlah pemotongan itu adalah 20 peratus idaripada RM200 juta yang diperuntukkan setiap tahun sejak 15 tahun.

“Saya memohon kepada Kementerian Kewangan untuk mengubah keputusan ini. Aktiviti promosi melibatkan wang tetapi pulangannya merupakan pelaburan yang bernilai,” katanya.

Pelancongan menjana hampir RM70 bilion setahun dan ia merupakan pendapatan tukaran asing kedua terbesar dan antara penyumbang terbesar kepada ekonomi.

Kira-kira 27.4 juta orang berkung ke Malaysia tahun lalu namun bilangan itu boleh menyusut sekiranya usaha untuk menggalakkan kedatangan pelancong tidak mencukupi.

Pemotongan bajet promosi boleh menyebabkan Malaysia tewas di tangan negara-negara jiran yang menyediakan lebih banyak peruntukan untuk kempen pelancongan.

Wee berkata, Malaysia tidak diragui dilihat ‘tidak bersinar’ di rantau dari segi pengiklanan.

“Anda hanya memasang TV dan terdapat iklan mengenai kempen seperti ‘Amazing Thailand’ atau ‘It’s More Fun in the Philipinnes,” katanya.

Wee berkata, Tourism Malaysia berusaha untuk mempertingkatkan kempen pengiklangan dan usaha promosinya.

Presiden Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta), Hamzah Rahmat berkata, pegawai Kementerian Pelancongan telah menjelaskan kepada Matta mengenai langkah untuk mengurangkan promosi di peringkat dalam dan luar negara.

Beliau berkata, kempen promosi pelancongan Malaysia semakin berkurangan berbanding mencatatkan kejayaan sejak kebelakangan ini.

Tambahnya, tidak seperti sebelum ini apabila pengiklanan ‘Malaysia Truly Asia’ kini sudah berkurangan dari segi faktor ‘wow (penarik).

“Kita sebelum ini mempunyai pengiklanan yang bertenaga di mana penonton akan berasa mahu menyanyi atau menari bersama mengikut rentak lagu. Kita perlu memperkenalkan sesuatu yang segar dan inovatif,” katanya.

Hamzah berkata, mengurangkan bajet promosi merupakan langkah yang tidak bijak kerana industri bergantung kepada Tourism Malaysia untuk mempromosikan negara kepada dunia.

“Pengurangan kos mungkin perlu tetapi kerajaan tidak seharusnya mengurangkan peruntukan untuk mempromosi Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, industri terjejas teruk akibat tragedi pengangkutan udara tahun lalu dan terdapat penyusutan 30 peratus dalam perniagaan secara menyeluruh sejak sembilan bulan lalu. – mStar Online

Tags: iklanPelancong
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

19/05/2025
0

GEORGETOWN: Ketibaan pelancong dari China ke Pulau Pinang melonjak sebanyak 218.86 peratus pada 2024 berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menjadikan...

Bas Bawa 20 Pelancong China Rempuh Treler, Pemandu Parah

Bas Bawa 20 Pelancong China Rempuh Treler, Pemandu Parah

22/03/2025
0

Nilai: Bas yang membawa 20 pelancong warga China terbabit kemalangan dekat Kilometer 43, Lebuhraya Utara- Selatan Hubungan Tengah (Elitte), di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd