• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Kenal Pasti Suspek Pecah Rumah Timbalan Menteri

oleh Ahmad Albab
12/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Polis telah mengenal pasti suspek dalam kes memecah masuk kediaman seorang timbalan menteri di Presint 10 di sini, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Rosly Hassan berkata suspek warga Myanmar berumur 23 itu dikenal pasti melalui kesan cap jari pada balang kaca di dalam rumah berkenaan.

“Pemeriksaan menemui 15 kesan cap jari pada bekas makanan tersebut, namun analisis lanjut mendapati cap jari suspek lebih dominan dan masih baharu.

“Kesan cap jari itu sepadan dengan data peribadi suspek yang pernah ditahan Imigresen Pulau Pinang pada 2010 sebelum dihantar pulang ke negara asalnya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, mangsa yang menghuni rumah tersebut sejak Mac 2010 kehilangan komputer riba, jam tangan dan wang tunai dengan jumlah kerugian keseluruhan sebanyak RM28,300.

Kejadian dipercayai berlaku semasa timbalan menteri dan isterinya yang tinggal berdua di rumah itu berada di Kuching, Sarawak untuk tugasan rasmi dan hanya menyedari rumahnya dimasuki pencuri selepas kembali semula pada Ahad apabila mendapati tingkap belakang rumahnya diumpil.

Rosly berkata suspek yang pernah diusir kerana memasuki Malaysia tanpa dokumen sah itu dipercayai telah memasuki semula negara ini dan dikatakan berada di sekitar Putrajaya, Bangi, Sepang serta Banting dan gerakan memburunya telah digerakkan.

Katanya kejadian itu juga dipercayai dilakukan lebih daripada seorang berdasarkan maklumat daripada penduduk yang mendakwa melihat sebuah kenderaan berlegar di hadapan rumah tersebut semasa hari kejadian.

Dalam pada itu, Rosly berkata secara amnya kawasan penempatan penduduk di Putrajaya adalah selamat dengan hanya 33 kes pecah rumah direkodkan tahun ini.

“Daripada kes yang direkodkan kebanyakan kejadian adalah disebabkan kecuaian tuan rumah, antaranya gemar meninggalkan kunci rumah di dalam pasu bunga dan kasut,” katanya. – BERNAMA

 

 

https://www.youtube.com/watch?v=9x0Gff-QgQc

Tags: Jenayahkes samun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

08/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Empat ditahan susulan video tular yang memaparkan seorang lelaki berlumuran darah yang dikatakan berlaku di Wangsa Maju pada...

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

16/03/2025
0

Kuala Terengganu: Lelaki yang ditembak mati di Besut pagi semalam dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd