• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Akan Ambil Tindakan Tegas Terhadap Peserta Bersih

oleh Ahmad Albab
27/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – “Berani buat berani tanggung, kalau masih kekal untuk langgar undang-undang, kita akan ambil tindakan,” tegas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kepada penganjur dan individu yang menyertai perhimpunan Bersih 4 pada hujung minggu ini.

Beliau berkata polis akan mengambil tindakan tegas berlandaskan undang-undang kerana perhimpunan itu adalah haram kerana tidak memenuhi syarat apabila pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak membenarkan perhimpunan itu diadakan di sekitar ibu kota khususnya Dataran Merdeka.

“Negara kita ini ada undang-undang, kalau dia (penganjur) masih lagi kekal dengan keputusan melanggar undang-undang (mengadakan perhimpunan), apa boleh kami buat.

“Kami ini penguat kuasa undang-undang, tanggungjawab kami adalah mengambil tindakan mengikut undang-undang, Jangan marah polis kalau kami ambil tindakan sebab kami sudah bagi nasihat, sudah berunding, sudah beri pilihan, terima sahajalah akibatnya nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Istiadat Pengurniaan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.

Majlis pengurniaan pingat kepada 234 pesara polis yang pernah berkhidmat pada zaman darurat itu disempurnakan oleh Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah. Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani

Khalid berkata demikian sebagai mengulas tindakan penganjur Bersih 4 yang tetap berdegil untuk meng­adakan perhimpunan pada hujung minggu ini walaupun telah diisytiharkan sebagai haram kerana tidak memenuhi syarat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).

Katanya, polis khuatir perhimpunan pada hujung minggu ini akan menjadi tidak terkawal apabila satu kumpulan lain yang menggelarkan diri mereka ‘Anti Bersih 4.0’ turut bersama-sama berkumpul bagi menentang perhimpunan tersebut.

“Itu sebabnya kita minta mereka tidak mengadakannya di kawasan terbuka seperti di (kawasan pusat beli-belah) Sogo dan Dataran Merdeka, kita sudah menjangka perkara sebegini, ada yang menentang … membantah.

“Kalau mereka adakan perhimpunan di stadium senang dikawal, tidak menggangu peniaga, orang ramai dan lalu lintas,” katanya.

Bagaimanapun, katanya polis telahpun bersedia termasuk dari segi keanggotaan untuk menghadapi segala kemungkinan termasuk provokasi-provokasi yang mungkin akan ditimbulkan oleh peserta dan penganjur perhimpunan haram itu.

Dalam masa yang sama, Ketua Polis Negara turut kesal dengan tindakan pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) yang dilaporkan mahu mengawasi tindakan pihak berkuasa dalam menangani peserta Bersih 4.

Beliau menegaskan Suhakam sepatutnya mengawasi pihak yang melanggar peraturan dan bukannya pihak polis yang menegakkan undang-undang. – BERNAMA

Tags: Bersih 4.0khalid abu bakar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Hamid Bador, Kini Khalid Abu Bakar Pula

05/05/2021
0

PADA 22.4.2021 bekas Ketua Polis Negara, TS Khalid Abu Bakar telah hantar surat tuntutan (LOD) kepada Tun M. Ia ekoran...

Khalid Abu Bakar Saman Mahathir, Tuntut RM10 Juta

04/05/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengambil tindakan undang-undang ke atas Tun Dr Mahathir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd