• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Sertai Ribuan Umat Islam Di Malam Doa Untuk Malaysia

oleh Ahmad Albab
17/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini menyertai ribuan umat Islam di Dataran Merdeka di sini untuk majlis ‘Doa Untuk Malaysia’ sempena sambutan Hari Kebangsaan 2015.

Perdana Menteri, yang lengkap berjubah putih berserta kopiah, tiba pukul 8.30 malam dan disambut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak, Menteri Wilayah Persekutun, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr Puad Zarkashi selaku penganjur utama majlis tersebut.

Hadir sama pada majlis, yang memasuki tahun kedua penganjuran itu, ialah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Program yang disiarkan secara langsung melalui stesyen TV Al-Hijrah itu dimulakan dengan solat Isyak berjemaah, diimamkan oleh Imam Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Selangor, Syeikh Abdul Karim Omar Al-Makki.

Sejurus kemudian, acara diteruskan dengan solat hajat yang diimamkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Ia disusuli bacaan doa diminta dijauhkan bala akibat fitnah serta doa memohon kemakmuran untuk Malaysia oleh Imam Besar Masjid Tuanku Zainal Abidin Putrajaya, Hazarudin Baharudin.

Pengisian doa itu termasuk mendoakan kesejahteraan serta mengukuhkan perpaduan rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan 2015.

Turut menjadi tumpuan jemaah ialah selawat Qasidah yang dipimpin oleh Habib Syech Abdul Qadir Assegaf dari Indonesia dan penyampaian tawsiyah oleh Dr Zulkifli.

Hujan renyai-renyai langsung tidak menjejaskan ribuan hadirin yang kusyuk menghayati pengisian acara yang disediakan sambil tangan mereka mengibar Jalur Gemilang sebagai tanda kasih kepada negara.

Sementara itu, Puad berkata objektif penganjuran program itu ialah kerana negara ini kerap diuji dengan bencana, antara lainnya, serangan pengganas di Lahad Datu, Sabah, kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 serta tragedi pesawat MH17, serta musibah banjir yang melanda beberapa negeri hujung tahun lepas. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd