• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Nasihat Jemaah Haji Jauhi Anasir Negatif Ketika Di Tanah Suci

oleh Ahmad Albab
17/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menasihati para jemaah haji ke Tanah Suci supaya menjauhi sebarang anasir negatif yang boleh menjejaskan nama baik Malaysia.

Najib berkata para jemaah harus mematuhi dan mengikuti segala peraturan serta undang-undang kerajaan Arab Saudi sepanjang menunaikan ibadah haji.

“Jemaah haji perlu menggunakan kesempatan menjadi tetamu Allah SWT dengan sebaik-baiknya dan elakkan pembaziran masa dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah,” katanya.

Beliau berkata demikian sebelum mengucapkan selamat jalan kepada kumpulan ke-6 jemaah haji Malaysia yang terdiri daripada 279 orang di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya di sini, hari ini.

Kumpulan itu dijadual berlepas menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH8004, pada pukul 12.30 tengah hari ini.

Turut hadir isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Duta Arab Saudi di Malaysia Datuk Fahad Abdullah Hamad Al-Rashid, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Najib berkata jemaah haji perlu memenuhi masa dengan memperbanyakkan amalan wajib dan sunat seperti berzikir, membaca ayat suci al-Quran, berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT.

Beliau berharap umat Islam di Malaysia terus bersatu hati tanpa melihat kepada perbezaan yang boleh memecahbelahkan kesatuan ummah dan keharmonian masyarakat berbilang bangsa di Malaysia.

Semalam (16 Ogos), kumpulan pertama seramai 450 jemaah haji Malaysia telah selamat tiba di Lapangan Terbang Prince Mohammad bin Abdulaziz di Madinah, Arab Saudi, pada 8.35 pagi waktu tempatan (1.35 tengah hari waktu Malaysia).

Kumpulan pertama jemaah haji itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 5.30 pagi Sabtu (waktu Malaysia) dengan pesawat SV5701 milik Saudi Arabian Airlines.

Jumlah jemaah haji Malaysia tahun ini adalah 22,320 orang yang akan dibawa menerusi 64 penerbangan menggunakan pesawat MAS dan Saudi Arabian Airlines.

Penerbangan terakhir jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci ialah pada 16 Sept manakala penerbangan pulang jemaah dijadual dari 29 Sept hingga 27 Okt depan. – BERNAMA

Tags: jemaah hajiNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 182 bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam dan kelmarin,...

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

18/06/2024
0

JAKARTA : Sekurang-kurang 138 jemaah haji Indonesia telah meninggal dunia di Arab Saudi pada musim haji tahun ini, menurut Konsulat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd