KUALA LUMPUR – Semua peserta Maraton Malam BSN Putrajaya 2015 (BSNPNM) dilindungi insurans semasa acara berkenaan yang dijadualkan berlangsung di Putrajaya pada 24 Okt.
Ketua Komunikasi Strategik Bank Simpanan Nasional (BSN) Puspa Marina Omar berkata Gibraltar BSN Life Bhd akan menyediakan perlindungan bagi peserta maraton tahunan itu yang kini masuk tahun keenam.
“Sekiranya peserta mahu pelindungan tambahan, mereka boleh memintanya pada jumlah minimum dengan Gibraltar BSN,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
BSNPNM, merupakan satu-satunya maraton dalam negara yang pesertanya diinsuranskan, telah menarik 12,000 peserta dari 22 negara bagi tahun ini. – BERNAMA
BSN Putrajaya Night Marathon 2013 (BSNPNM)