• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perkhidmatan Doktor ‘Selfie’ Mungkin Ditamatkan

oleh Ahmad Albab
30/08/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Doktor wanita yang merakam gambar selfie di sebuah hospital di Johor Bahru, berkemungkinan berhadapan tindakan ditamatkan perkhidmatan dengan Kementerian Kesihatan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Tindakan terhadap doktor yang berkhidmat kurang dari lima tahun itu, bagaimanapun akan bergantung kepada hasil siasatan Jawatankuasa Tatatertib Kementerian Kesihatan, yang antara lain juga, boleh digantung kerja atau dikenakan tindakan pentadbiran, katanya.

Mengulas tindakan doktor wanita yang merakam gambar selfie sambil menunjukkan isyarat ‘peace’ dengan pesakit dalam posisi bersalin, Dr Subramaniam berkata ia perbuatan serius kerana melanggar etika sebagai pengamal perubatan.

Doktor Bergambar Dengan Wanita Sedang Bersalin Dikenalpasti

“Bayangkan hendak menjadi doktor bukan senang kerana perlu mengambil masa bertahun-tahun dan menelan belanja tinggi, tetapi kerana selfie dalam beberapa saat, masa depan bakal gelap,” katanya kepada pemberita di kementeriannya di sini hari ini.

Perbuatan doktor itu mengundang kemarahan orang ramai terutamanya pengguna laman sosial yang turut mengecam aksi merakam gambar terbabit.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim yang turut mengecam tindakan yang mengaibkan maruah pesakit itu berkata anggota keluarga atau suami pesakit boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap doktor berkenaan.

Mengulas lanjut, Dr Subramaniam memberi amaran keras kepada pegawai perubatan agar tidak mengulangi perbuatan sama serta mengingatkan bahawa mereka mempunyai etika kerja yang wajib dipatuhi.

Dalam perkembangan lain, Dr Subramaniam berkata pihaknya akan membentangkan pindaan Akta Pergigian 1971 di Parlimen pada Oktober ini, bagi mewujudkan bidang kepakaran dalam profesion pergigian.

Beliau berkata tujuan diwujudkan bidang kepakaran pergigian bertujuan untuk memantapkan lagi perkhidmatan kesihatan di negara ini dan menangani penyalahgunaan gelaran pakar pergigian.

“Dengan pindaan akta ini, doktor gigi yang mempunyai kepakaran bidang tertentu seperti rawatan mulut dan gusi serta pembedahan tulang di muka perlu berdaftar di bawah pihak kementerian,” katanya. – BERNAMA

Tags: doktorselfie
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Doktor, Anak Perempuan Antara Tiga Terkorban Dalam Nahas Tragis Di Pekan

Doktor, Anak Perempuan Antara Tiga Terkorban Dalam Nahas Tragis Di Pekan

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub  PEKAN – Perjalanan pulang bertukar tragedi apabila seorang doktor bersama anak perempuannya yang baru berusia dua tahun antara...

Beban Kerja Tinggi, Peluang Kerjaya Terhad Punca Doktor Tinggalkan Sektor Awam

Beban Kerja Tinggi, Peluang Kerjaya Terhad Punca Doktor Tinggalkan Sektor Awam

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Beban kerja yang tinggi serta waktu kerja yang panjang dikenal pasti antara sebab utama doktor dan pakar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd