• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peserta Malaysia Berjaya Laksana Tugasan Di WSC Sao Paulo

oleh Ahmad Albab
16/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SAO PAULO – Bunyi siren dan tepukan menandakan berakhirnya tugasan 20 peserta Malaysia pada World Skills Competition (WSC) 2015 di Anhembi Park di sini, Sabtu.

Produk-produk akhir tugasan yang diberikan kepada peserta kemudian dipamerkan di ruang kerja masing-masing bagi dinilai oleh para juri.

Ia termasuk hasil tangan peserta teknologi fesyen, Mimi Faizura Shamsudin iaitu skirt pendek kuning dengan jaket berwarna biru; sebuah kerusi oleh peserta pemasangan, Lau King Hieng dan lima gayaan rambut oleh peserta dandanan rambut, Airul Firham Che Amran.

Pertandingan di Sao Paolo, Brazil yang bermula pada 12 Ogos lepas disertai sebanyak 1,200 peserta dari lebih 60 negara dengan sebanyak 46 bidang kemahiran dipertandingkan.

Keputusan rasmi pemenang pingat emas, perak dan gangsa bagi setiap bidang yang dipertandingkan akan diumumkan kira-kira 8 malam waktu tempatan pada 16 Ogos (7 pagi waktu Malaysia pada 17 Ogos) dalam upacara penutupan WSC 2015.

Malaysia yang membuat penampilan bagi kali ke-12 sejak 1993 belum pernah meraih sebarang pingat pada WSC.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib berkata kesemua peserta merupakan wira negara yang membawa harapan dan maruah negara di peringkat antarabangsa.

“Saya harap 20 wira ini dapat menempa sejarah untuk negara dan menunjukkan pada dunia, Malaysia bukan negara kerdil dalam bidang kemahiran,” katanya dalam satu majlis resepsi bagi menghargai sumbangan peserta pada sebelah malamnya.

Turut hadir Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Ismail berharap semangat dan kekuatan peserta negara pada WSC dapat dijadikan contoh kepada belia lain untuk menceburi bidang kemahiran dan bersaing di pentas antarabangsa.

Katanya Malaysia juga memerlukan lebih ramai belia berkemahiran untuk memacu negara menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020. – BERNAMA

Tags: WSC 2015
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Airul Firham Akan Jadi Ikon Bidang Kemahiran

17/08/2015
0

SAO PAULO - Pemenang pingat gangsa di World Skills Competition (WSC) Sao Paulo, Brazil, Airul Firham Che Amran akan dijadikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd