• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesara JPJ Ditahan Disyaki Jual Lesen, Kad Pengenalan Palsu

oleh Ahmad Albab
12/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Seorang pesara Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ditahan polis kerana dipercayai menjual lesen memandu dan kad pengenalan palsu, yang dihasilkannya hampir 90 peratus menyerupai dokumen asal.

Pesara berusia 57 tahun itu, ditahan dalam satu serbuan dinamakan Ops Lejang di kediamannya di Jalan Binjai, Mulong di sini, pada 2 Ogos lepas.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata polis memandang serius kes itu kerana aktiviti jenayah itu membahayakan dan mengancam keselamatan negara.

“Daripada siasatan awal mendapati aktiviti pemalsuan dokumen itu dilakukan di sebuah bilik khas di rumah suspek tanpa diketahui anggota keluarganya.

“Kami percaya aktiviti tersebut dilakukan berdasarkan latar belakang pekerjaan suspek yang mempunyai kemahiran dan kenalan untuk kegiatan tersebut,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, Rabu.

Mazlan berkata polis turut merampas pelbagai peralatan termasuk enam buah komputer riba, mesin cetak, mesin pengimbas dan cop bertulis pengarah keselamatan dan kesihatan negeri Kelantan.

Selain itu, polis turut merampas 13 lesen memandu dan tiga kad pengenalan palsu serta 61 keping kad yang belum dicetak.

Beliau berkata polis telah menahan reman pesara itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Pihaknya kini sedang menjejaki pelanggan yang telah mendapatkan dokumen palsu berkenaan daripada pesara itu, katanya. – BERNAMA

 

Tags: JPJLesen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Keadilan Mesti Ditegakkan, Anthony Loke, Do Something!’

‘Keadilan Mesti Ditegakkan, Anthony Loke, Do Something!’

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - “Cukuplah!” Itu luahan tegas Ahli Parlimen Jerantut, Ir Ts Khairil Nizam Khirudin berhubung kemalangan maut membabitkan pemandu...

JPJ Kutip RM101.9 Juta Bayaran Saman ‘Flat Rate’

JPJ Kutip RM101.9 Juta Bayaran Saman ‘Flat Rate’

24/08/2025
0

MACHANG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan kutipan lebih RM101.9 juta melalui inisiatif Kadar Kompaun Khas Kadar Rata (Flat Rate) yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd