• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Permit The Edge Sah Kekal Digantung 3 Bulan

oleh
15/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan The Edge Financial Daily dan The Edge Weekly untuk membatalkan arahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi menggantung penerbitannya.

Keputusan untuk mengekalkan hukuman penggantungan selama tiga bulan itu dibuat oleh Hakim Datuk Asmabi Mohamad setelah mendapati penerbitnya gagal dalam memberi hujah yang perlu untuk tujuan berkenaan.

Permit penerbitan dua akhbar berbahasa Inggeris tersebut digantung mulai 27 Julai lalu kerana antara lain menerbitkan laporan yang meragukan mengenai isu 1MDB serta boleh mencetuskan kekeliruan orang ramai.

Hakim itu kemudian menetapkan tarikh 27 September ini untuk mendengar permohonan semakan kehakiman daripada pihak pengurusan Kumpulan Media The Edge yang menerbitkan akhbar berkenaan.

Syarikat The Edge Communications Sdn. Bhd. diwakili peguam, Darryl Goon. Penerbitan itu menerima surat tunjuk sebab daripada KDN pada 2 Julai lalu ekoran siri artikel sensasi berkaitan kes dana 1MDB.

Baca: KDN Beri 3 Sebab Kenapa Gantung The Edge

Namun, segala-galanya terbongkar apabila mereka mengaku memperdayakan bekas staf syarikat minyak antarabangsa PetroSaudi, Xavier Andre Justo kononnya ada dokumen sulit berkenaan urus niaga 1MDB.

Warga Switzerland itu yang ditahan polis Thailand ketika diwawancara akhbar Singapura, The Straits Times mendakwa ditipu dua ahli perniagaan Malaysia yang terbukti sebagai pengurusan Kumpulan Media The Edge.

Pendedahan Justo itu menunjukkan dokumen rahsia berkenaan turut dieksploitasi oleh pengendali portal antarabangsa Sarawak Report dan dijadikan bahan propaganda dakyah jahat pembangkang di Malaysia.

Susulan pembongkaran pengakuan Justo, KDN pada 24 Julai bertindak tegas menggantung penerbitan dua akhbar terbitan Kumpulan Media The Edge kerana melanggar syarat-syarat kelulusan ditetapkan selama ini.

Pelbagai pihak menyelar kumpulan tersebut kerana cuba menyalahgunakan kebebasan akhbar, manakala portal berita dalam talian yang dikendalikan mereka masih lagi beroperasi seperti biasa. – Mynewshub.cc/HAA

Tags: KDNThe EdgeXavier Andre Justo
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

VIDEO: Penyu Terseksa Akibat Straw Tersekat Di Hidung

Next Post

Letupan Di China, Wartawan CNN Dihalang Buat Liputan

Related Posts

KDN Perkukuh Kawalan Sempadan Malaysia-Thailand, Tangani Jenayah Rentas Negara

KDN Perkukuh Kawalan Sempadan Malaysia-Thailand, Tangani Jenayah Rentas Negara

25/01/2025
0

JELI : Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperkukuh kawalan keselamatan di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan bagi menangani isu penyeludupan dan...

Dakwaan 17 Juta Data MyKad Bocor Tidak Benar – KDN

Dakwaan 17 Juta Data MyKad Bocor Tidak Benar – KDN

04/12/2024
0

JITRA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan tidak wujud insiden kebocoran data sebanyak 17 juta yang sebagaimana didakwa seorang pengguna...

Next Post

Letupan Di China, Wartawan CNN Dihalang Buat Liputan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd