Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

“Bila Saya Melukis, Saya...

KUALA LUMPUR - Nama Lat sinonim dengan dunia kartun negara ini dan beliau...

Tentera Russia Diusir Lebih...

ANKARA: Tentera Russia berjaya diusir sejauh lebih 70 kilometer (km) dari ibu negara,...

Sambal Tempoyak Ikan Bilis

Bahan bahan:2 genggam ikan bilis- dibersihkan 2 batang serai - dititik 1 senduk tempoyak 1 sudu...

10 Daripada 16 Mayat...

SEPANG - Sebanyak 10 daripada 16 mangsa rakyat Malaysia yang disahkan identitinya dalam...

Perkhidmatan Bas Henti-Henti Di Perlis Beroperasi Hari Ini

KANGAR – Perkhidmatan bas henti-henti yang sekian lama dinanti oleh rakyat Perlis mula beroperasi hari ini melibatkan 15 laluan.

Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Kepenggunaan dan Pengangkutan Negeri Datuk Sabry Ahmad melancarkan operasi perkhidmatan bas berkenaan di terminal bas ekspres Jalan Bukit Lagi di sini.

“Sebanyak 24 bas akan digunakan dalam perkhidmatan bas ini yang dikendalikan oleh Syarikat Mara Liner dengan nama My Bas,” katanya selepas majlis pelancaran itu di sini hari ini.

Katanya, tumpuan utama perkhidmatan tersebut adalah ke kawasan luar bandar melibatkan 95 peratus kawasan laluan sementara, lima peratus lagi dikendalikan oleh Syarikat City Liner.

Operasi perkhidmatan bas itu dilaksanakan dengan kerjasama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang menyediakan dana dan kerajaan negeri Perlis menyediakan kemudahan prasarana.


Menurut Sabry, syarikat terbabit diberi kontrak lapan tahun untuk mengendalikan perkhidmatan bas itu dengan mengenakan tambang paling minimum.

Katanya, kerajaan negeri telah melantik sebuah syarikat untuk membina lebih 160 pondok bas dan papan tanda tempat menunggu bas di laluan yang digunakan oleh bas terbabit.

Beliau berharap dengan bermulanya perkhidmatan bas itu hari ini akan memudahkan orang ramai datang ke bandar Kangar sekali gus membantu mengurangkan kesesakan dalam bandar berkenaan terutama pada hari cuti umum. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • bas

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori