• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penumpang Kereta, Penunggang Motosikal Maut Dalam Kemalangan

oleh Ahmad Albab
29/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Seorang penumpang kereta dan penunggang motosikal maut apabila kenderaan mereka dirempuh sebuah jip dalam kemalangan di Kilometer 2, Jalan Kangkar Senangar, Parit Sulong dekat Batu Pahat, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Din Ahmad berkata mangsa, Saidi Abd Karim, 55, dari Kampung Parit Mustafa, Parit Sulong meninggal dunia di tempat kejadian manakala penunggang motosikal, Selamat Latif, 32, dari Parit Sentang Batu, Parit Sulong, meninggal dunia di hospital, dua jam kemudian.

Beliau berkata kejadian kira-kira 12.05 tengah malam itu turut menyebabkan isteri Saidi, Fatimah Kamsaton, 54, anak lelakinya, Mohamad Faizi Saidi, 20, anak perempuannya, Nor Fateha Saidi, 19, serta pemandu jip tersebut, Lim Yan Bao, 28, mengalami kecederaan.

Ketika dihubungi hari ini, Din berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila jip dari Pekan Parit Sulong menghala Kangkar Senangar tersebut terbabas di kawasan selekoh lalu masuk ke laluan bertentangan.

Beliau berkata jip itu kemudian merempuh kereta yang dipandu Mohamad Faizi dan motosikal tersebut lalu seterusnya terbalik.

Katanya kesemua yang cedera dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat. Kedua-dua mayat turut dibedah siasat di hospital sama. – BERNAMA

 

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd