Friday, July 26, 2024

Creating liberating content

Banjir Di Pekan Beransur...

KUANTAN - Banjir di Pekan beransur pulih apabila hanya tinggal 477 mangsa masih...

Penembak Sekolah Mahu Derma...

MIAMI - Penembak di sebuah sekolah di Parkland, Nikolas Cruz mahu mendermakan hartanya...

8 Individu Ditahan Kes...

SHAH ALAM - Polis menahan lapan individu dipercayai terlibat dengan kes pencemaran bau...

Nicol Mara Ke Pusingan...

KUALA LUMPUR - Ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David melepasi halangan pertama...

Pengantin Lelaki Dibunuh Di Majlis Perkahwinan

PATTANI – THAILAND. Semalam sepatutnya hari bahagia bagi Ahamad Daud kerana menjadi raja sehari, tetapi jodoh beliau tidak panjang dan ia berakhir dengan tragedi.

Ahamad, 27 tahun, anggota renjer yang bertugas di Pattani maut setelah ditembak dari jarak dekat oleh empat lelaki ketika beliau berbual dengan isterinya, Elani Matnor, 27 tahun dan ibu mertua di bawah khemah.

Ketua Polis Daerah Muang Pattani Kirati Waeyusoh berkata kejadian berlaku pada 5.30 petang waktu tempatan pada majlis perkahwinan di Kampong Pakaharang, Muang Pattani.

Beliau berkata Ahamad cedera parah dan meninngal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital setelah ditembak dalam jarak dekat di bahagian kepala dan dada oleh empat orang lelaki yang kemudian melarikan diri.

Suasana majlis perkahwinan itu bertukar sayu dan gempar dengan insiden pembunuhan itu.


Sementara itu, di Narathiwat seorang orang awam maut setelah ditembak di perut dengan sepucuk pistol di pasar malam Kampung Yalutong, Bachok.

Menurut Polis, Muhammad Zakari Asae, 56 tahun, cedera parah setelah ditembak pada 6.45 petang waktu tempatan dan meninggal dunia di Hospital Bachok. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori