• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengambilalihan Syarikat Tidak Jejas Kakitangan Syabas

oleh Ahmad Albab
28/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) hari ini memberi jaminan bahawa penstrukturan pengurusan syarikat bekalan air itu tidak akan menjejaskan kedudukan kakitangan yang ada.

Ketua Pegawai Eksekutif Syabas Datuk Ruslan Hassan berkata hasil perbincangan dengan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), kedua-dua pihak bersetuju bahawa kedudukan kakitangan Syabas tidak akan terjejas apabila proses pengambilalihan Syabas oleh Kerajaan Negeri Selangor dilaksanakan.

“Mereka akan kekal jawatan, syarat dan terma jawatan mereka juga tidak akan ditukar.

“Saya harap dan saya yakin dengan pengurusan baharu nanti serta dengan keadaan kewangan yang saya rasa lebih kukuh daripada apa yang kita ada pada masa ini, saya doakan kebajikan kakitangan Syabas akan lebih baik,” katanya pada sidang media pada sambutan Hari Kebangsaan peringkat Syabas bertemakan #sehatisejiwa, yang diadakan di perkarangan ibu pejabat Syabas di sini Jumaat.

Ruslan mengulas kedudukan lebih 3,000 kakitangan syarikat itu berikutan Syabas yang merupakan satu daripada syarikat konsesi air bakal diambil alih oleh Air Selangor, selain Konsortium ABBAS Sdn Berhad (ABBAS) dan Puncak Niaga Holding Berhad (PNHB).

Beliau berkata terdapat beberapa peruntukan disediakan untuk melindungi kepentingan kakitangan syarikat tersebut dan sebarang perubahan terhadap perjanjian itu dianggap tidak wajar.

Mengulas mengenai perkembangan perjanjian itu, Ruslan berkata perbincangan antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Selangor berjalan lancar dan beliau optimis bahawa perjanjian jual beli tersebut akan dimeterai pada 13 Sept ini, dengan pembayaran harga belian yang telah dijanjikan dan dipersetujui antara kedua-dua pihak.

“Saya amat optimis, daripada apa yang saya dengar, dari segi perbincangan pun sangat positif. Kita lihat sekarang ini pun hubungan lebih akrab.

“Baru-baru ini kita dimaklumkan bahawa apabila empangan Sungai Langat sampai ke tahap 40 peratus dan hampir ke tahap kritikal, hasil daripada perbincangan antara kerajaan persekutuan dan negeri, air dari Pahang telah pun dilepaskan ke Sungai Langat,” katanya yang terlibat selama 21 tahun dalam sektor air.

Ditanya tentang rizab air di Lembah Klang yang semakin berkurangan pada kadar dua peratus, Ruslan menjelaskan bahawa ia merupakan perkara yang agak sukar ditangani dengan kadar segera.

Beliau berkata keadaan itu terpaksa dilalui pengguna berikutan kelewatan dalam memuktamadkan perjanjian projek Langat 2 yang dijangka siap pada 2019, namun kerajaan negeri Selangor akan mengambil beberapa tindakan untuk menjalankan program mitigasi bagi mengurangkan impak kekurangan bekalan air. – BERNAMA

 

Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Nafi Pencuri Lembu Jual Senjata Api

Next Post

Bersih 4.0: Pusat Beli Belah Tak Tutup, Ada Jualan Murah!

Related Posts

Tuntutan Sarawak Terhadap PETRONAS Tidak Terbatal Dengan MoU – Abang Johari

Tuntutan Sarawak Terhadap PETRONAS Tidak Terbatal Dengan MoU – Abang Johari

22/05/2025
0

KUCHING: Notis tuntutan kerajaan Sarawak terhadap Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) tidak terbatal secara automatik susulan deklarasi yang ditandatangani bersama Kerajaan...

Polis Siasat Motif Cemburu, Dendam Atau Hutang Kes Simbah Asid

Polis Siasat Motif Cemburu, Dendam Atau Hutang Kes Simbah Asid

22/05/2025
0

KOTA BHARU: Polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif utama kejadian simbah asid membabitkan pengusaha spa di Bachok, Sabtu...

Next Post

Bersih 4.0: Pusat Beli Belah Tak Tutup, Ada Jualan Murah!

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd