• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengamal Media Terima Pingat Negeri Selangor

oleh Ahmad Albab
10/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Enam pengamal media hari ini dikurniakan Pingat-Pingat Negeri Selangor sempena sambutan ulang tahun ke-69 keputeraan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan mengurniakan pingat itu dalam satu istiadat yang berlangsung di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah, di sini.

Ketua Biro Selangor Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Fadzillah Aishah Ismail adalah antara lima pengamal media yang menerima Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K).

Turut menerima anugerah itu ialah Ketua Wartawan Sinar Harian Edisi Selangor/Kuala Lumpur Mohd Syairi Mohamad Shaari; Ketua Biro Selangor Akhbar Nanyang Siang Pau, Tan Chow Loon; Wartawan Utusan Malaysia Selangor Abdul Yazid Alias, dan Jurukamera TV3 Azhear Abdul Rani.

Manakala Ketua Biro Klang The Star Wani Muthiah pula menerima Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T).

Mereka merupakan antara 178 penerima pingat dari daerah Petaling dan Klang.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

Ketika ditemui pemberita kemudian, Fadzillah Aishah berkata anugerah itu melambangkan penghargaan kepada pengamal media di Selangor.

Pingat-Pingat itu dikurniakan kepada mereka yang telah lama berkhidmat dan menabur jasa kepada negeri Selangor. – BERNAMA

Tags: pingat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Olimpik Paris 2024: Aaron-Wooi Yik Hadiahkan Pingat Pertama Buat Malaysia

Olimpik Paris 2024: Aaron-Wooi Yik Hadiahkan Pingat Pertama Buat Malaysia

05/08/2024
0

BEREGU lelaki badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya meraih pingat gangsa pertama buat Malaysia di Sukan Olimpik Paris selepas...

Sukan SEA Kemboja 2023: Wei Theng Sumbang Pingat Pertama

Sukan SEA Kemboja 2023: Wei Theng Sumbang Pingat Pertama

06/05/2023
0

PHNOM PENH – Kontinjen Malaysia akhirnya memperoleh pingat pertama di Sukan SEA Kemboja 2023 menerusi Yoong Wei Theng dalam acara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd