• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penerangan Isu 1MDB: UMNO Kelantan Sambut Baik

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – UMNO Kelantan menyambut baik cadangan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk ‘turun padang’ menerangkan kepada akar umbi isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan dana politik sebanyak RM2.6 bilion.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata beliau mengalu-alukan cadangan tersebut dan menyegerakan penerangan bagi mengelak kekeliruan berterusan dalam kalangan anggota UMNO sendiri.

“Saya dimaklumkan sudah ada perancangan…UMNO Kelantan bersedia menerima penerangan daripada Ahmad Zahid (berhubung kedua-dua isu berkenaan).

“Kita rasa amat penting dan ia perlu disegerakan. Kita tak mahu isu-isu ini berlarutan. Kalau tak macam-macam spekulasi dan tohmahan yang dibuat (oleh pihak yang tidak bertanggungjawab),” kata Mustapa ketika ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Wisma Persekutuan Kota Baharu di sini, hari ini.

Hadir sama Yang Dipertua Pengerusi Penyelaras dan Kelab Wisma Persekutuan Datuk Ahmad Razin Ahmad Mahir dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan Datuk Makhtar Mustapha.

Semalam, Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO dipetik sebagai berkata beliau akan memberi penjelasan terperinci berhubung isu berkenaan bagi
memastikan setiap anggota parti tidak terpengaruh dengan berita-berita yang tidak betul menerusi media sosial.

Kepada satu soalan, Mustapa berkata: “Saya sebagai Pengerusi Perhubungan negeri kena jadi sebahagian daripada usaha ini (beri penerangan),” katanya. – BERNAMA

Tags: 1MDBUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

PMX Anwar Sindir, Kitab Mana Kata Semua Hutang 1MDB Sudah Habis bayar?

PMX Anwar Sindir, Kitab Mana Kata Semua Hutang 1MDB Sudah Habis bayar?

19/10/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas mana-mana pihak yang menyatakan bahawa hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd