Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Sejam Tahan Sakit Terperangkap...

SANDAKAN - Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun terpaksa menahan kesakitan hampir sejam selepas...

Rafizi Ramal Kerjasama UMNO,...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli meramal kerjasama ummah antara UMNO...

Khairy Kecewa Dengan Tindakan...

SHAH ALAM - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kesal dengan tindakan penonton yang...

Henti Persenda Rasulullah SAW,...

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, mengingatkan semua pihak, terutama...

Pembangkang Yang Hipokrit, Tiba-Tiba Sokong SPRM!

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikecam teruk jika menyiasat pemimpin pembangkang, tetapi jika agensi itu menyiasat pemimpin negara yang boleh memberi merit politik ke atas pemimpin pembangkang pantas dipuji dan dipuja.

Itu sikap hipokrit jelas ditonjolkan parti pembangkang apabila sekumpulan pemimpinnya hadir ke ibu pejabat SPRM hari ini kononnya bagi menyatakan sokongan ke atas agensi yang sering mereka perlekehkan selama ini.

Kumpulan tersebut disertai Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan pemimpin tertinggi Gerakan Harapan Baru (GHB) yang diketepikan daripada parti PAS pada Jun lalu, Mohamad Sabu

Kesemua mereka dilaporkan bertemu Pengarah Bahagian Komunikasi SPRM, Rohaizad Yaakob di Putrajaya pagi ini.


Wan Azizah dalam kenyataannya berkata, pemimpin parti pembangkang hadir ke ibu pejabat SPRM hari ini untuk menyatakan sokongan ke atas agensi tersebut.

Ironinya, parti pembangkang sering mengecam SPRM sebagai sebuah agensi yang tidak telus apabila menyiasat pemimpinnya termasuk Mohamed Azmin Ali yang kini Menteri Besar Selangor.

Malah, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching pernah mendakwa SPRM sebagai sebuah badan yang tidak boleh dihormati semasa siasatan ke atas Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC). - MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori