• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saksi: Suspek Nampak Tenang, Tak Macam Orang Thai

oleh AK-47
23/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUSPEK utama insiden pengeboman di kuil Erawan Shrine di Bangkok, Thailand yang dikatakan seorang warga asing kelihatan tenang dan langsung tidak kelihatan seperti anak jati Thailand.

Menurut saksi, Kasem Pooksuwan, 47, pemandu tuk-tuk yang dinaiki suspek sejurus kejadian letupan itu berlaku, suspek ada berbual dalam bahasa asing yang tidak diketahui negara mana di telefon bimbitnya.

“Ketika saya turunkan dia, lelaki ini kelihatan sangat tenang, macam juga pelanggan saya yang lain. Suspek pun tidak kelihatan terburu-buru,” katanya yang dipetik stesen antarabangsa CNN.

Menurut jurucakap Polis Diraja Thailand, Leftenan Jeneral Prawut Thavornsiri, polis sudah soal siasat pemandu tuk-tuk atau sejenis beca berenjin terbabit, namun enggan mendedahkan butiran siasatan mereka.

Baca: Gambar Sebenar Wajah Suspek Bom Bangkok Didedahkan

Sumber bagaimanapun mendedahkan kemungkinan suspek ialah etnik Uighur dari wilayah majoriti Muslim di China yang mungkin membalas dendam ekoran layanan diskriminasi negara itu kepada mereka.

Keadaan menjadi bertambah buruk apabila pihak Bangkok baru-baru ini menghantar pulang ratusan pemberontak Uighur yang mendapatkan perlindungan politik di negara ‘gajah putih’ itu atas permintaan rasmi Beijing.

Pihak berkuasa tempatan turut percaya suspek mempunyai rakan subahat dalam insiden letupan yang telah mengorbankan lebih 20 nyawa di samping mencederakan 120 orang awam lain pada malam Isnin lalu.

Kerajaan Thailand juga menawarkan ganjaran lumayan sebanyak sejuta baht (kira-kira RM115,000) kepada sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Thai police seek man captured on surveillance video

Tags: bangkokBomThailand
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

Pengeboman 11 Stesen Minyak Di Selatan Thailand: Polis Buru Suspek Larikan Diri Ke Malaysia

Pengeboman 11 Stesen Minyak Di Selatan Thailand: Polis Buru Suspek Larikan Diri Ke Malaysia

18/01/2026
0

KOTA BHARU: Polis Kelantan termasuk cawangan khas kini giat memburu beberapa suspek pengeboman 11 stesen minyak di Selatan Thailand yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd