• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar UMS Maut Dalam Kemalangan Di Labuan

oleh Ahmad Albab
20/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Seorang pelajar perempuan Universiti Malaysia Sabah (UMS) maut apabila kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan di Jalan Bebuloh dekat Jalan Sg Pagar di sini pada Selasa.

Noor Haini Muda, 20, dari Sahabat 16, Lahad Datu, Sabah, berada di sini kerana mengikuti program ‘Alumni Pulang ke Ganggang’ UMS bersama dua rakan seuniversitinya masing-masing dari Kg Sri Melor, Semporna dan Kg Paal Seberang Tenom, Sabah.

Ketua polis Labuan Supt Adzhar Othman berkata tiga pelajar itu dalam perjalanan ke pusat bandar dari UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) dengan kereta Perodua Viva apabila kemalangan itu berlaku pada 3.45 petang.

Katanya seorang daripada mereka patah kaki dan seorang lagi hanya cedera ringan.

Adzhar berkata pemandu sebuah lagi kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu dikenali sebagai Imran Duron, 34, yang membawa isterinya berusia 32 tahun serta dua anak, cedera di kepala.

“Anak perempuannya yang berusia tiga tahun patah kaki, manakala isterinya serta seorang lagi anak perempuannya berusia tujuh tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan,” kata beliau.

Mangsa yang cedera dirawat di Hospital Nukleus Labuan. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd