• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Tak Gusar Ancaman Gerakan Harapan Baru!

oleh Ahmad Albab
10/08/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS tidak gusar dengan ancaman Gerakan Harapan Baru (GHB) yang sedang menghasut ahlinya supaya meninggalkan PAS.

Penolong Setiausaha Agung PAS, Khairul Faizi Kamil menegaskan, PAS menerima lebih banyak keahlian sejak GHB yang bersengkongkol dengan DAP dan PKR ditubuhkan bekas pemimpin parti itu.

“Ada yang bertanya, berapa ramai ahli PAS yang isytihar keluar parti. Saya lihat rekod di pejabat ada sekitar 20 orang yang telah menghantar Surat makluman.

“Tapi yang pasti semalam (kelmarin) 4,800 ahli baru PAS untuk bulan Ogos telah diluluskan dalam Mesyuarat Penuh PAS Pusat,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

GHB ditubuhkan oleh bekas pemimpin PAS yang disingkirkan daripada jawatan masing-masing dalam muktamar parti itu pada Jun lalu.

Bekas pemimpin PAS terbabit menubuhkan GHB kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Majlis Ulama PAS memutuskan kerjasama dengan DAP.

Majlis Ulama PAS memutuskan kerjasama dengan DAP kerana enggan dipengaruhi parti cauvanis itu yang cuba menjadikan PAS sebuah parti Islam sekular.

Berikutan itu PKR membuat keputusan mengenepikan PAS bagi membentuk kerjasama baru pembangkang dengan DAP dan GHB. – Mynewshub.cc

https://youtu.be/i7txazhsZ0k

Tags: Gerakan Harapan Baru
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Anggap Pakatan Mewakili Rakyat – PSM

23/06/2016
0

KUALA LUMPUR - "Pakatan Harapan dan PAS tidak boleh lagi menganggap diri mereka mewakili rakyat kerana rakyat sudah bosan dengan...

Logo PAN Kebetulan Sama Atau Memang Ciplak?

03/05/2017
0

BELUM pun sehari selepas secara rasmi dilancarkan pada 16 September, Parti Amanah Negara (PAN) mencetuskan kontroversi apabila logo badan siasah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd