• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pas Mahu Pakar Islam Ada Dalam AJK Khas Ekonomi

oleh
27/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Ulama Pas Pusat (DUPP) mencadangkan agar pakar kewangan dan ekonomi Islam turut menganggotai Jawatankuasa Khas Ekonomi yang bakal dibentuk oleh kerajaan Pusat tidak lama lagi.

Ketua Penerangan DUPP, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali dalam satu kenyataan media berkata, penglibatan golongan itu penting bagi memastikan ekonomi negara dipacu selari dengan prinsip ajaran Islam.

“DUPP menggesa kerajaan untuk turut melibatkan sama pakar kewangan dan ekonomi Islam mengganggotai jawatankuasa tersebut. Ia penting agar ekonomi negara tumbuh dengan penuh keberkatan,” katanya lagi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus menambah, DUPP amat bersedia dan berbesar hati menawarkan tenaga mahir dalam bidang tersebut untuk terlibat sama dalam mengganggotai jawatankuasa berkenaan.

Baca: PM Umum Jawatankuasa Khas Ekonomi Dibentuk

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa melancarkan Persidangan Percukaian Kebangsaan (NTC) 2015, di ibu negara pada Selasa mengumumkan pembentukan sebuah Jawatankuasa Khas Ekonomi tersebut.

Jawatankuasa yang bakal diwujudkan dalam masa terdekat itu bagi memastikan Malaysia tetap mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi sejak 2008 bagi menjana kemakmuran lebih baik untuk semua rakyat Malaysa.

Ketika berucap beliau malah menjelaskan, sentiasa diberikan taklimat berhubung maklumat terkini gambaran ekonomi Malaysia termasuk terus daripada gabenor Bank Negara Malaysia dan pengerusi Suruhanjaya Sekuriti.

Mengulas lanjut, Dr. Mohd. Khairuddin berkata, tindakan menjadikan mata wang negara didagangkan sebagai komoditi adalah antara punca kerosakan ekonomi dunia sekali gus boleh menjejaskan kadar nilai ringgit.

“DUPP berharap agar penubuhan Jawatankuasa Khas ini tidak sekadar wayang dan sia-sia dengan rumusan penyelesaian berteraskan konvensional tanpa mengambil kira prinsip Islam,” katanya. – Agensi/Mynewshub/HAA

Tags: EkonomiNajib Tun Razakringgit
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kembalikan BUDI95 Kepada 300 Liter, PMX Perlu Fahami Tekanan Ekonomi Rakyat – Lim Guan Eng

Kembalikan BUDI95 Kepada 300 Liter, PMX Perlu Fahami Tekanan Ekonomi Rakyat – Lim Guan Eng

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengurangan kuota Budi Madani RON95 (BUDI95) daripada 300 liter kepada 200 liter adalah satu keputusan yang tidak...

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd