• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAC: Pengerusi, AJK Baharu Dilantik 19 Oktober

oleh
13/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Siapakah pengerusi dan barisan ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang baharu hanya bakal diketahui pada hari pertama sidang Parlimen akan datang ini pada 19 Oktober depan.

Serentak pada hari ini, jemaah Kabinet memutuskan tiada sidang khas bagi tujuan itu sebelum Dewan Rakyat bersidang semula sebaliknya pertukaran terlebih dahulu perlu dibuat menerusi Jawatankuasa Pemilih Parlimen.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri bagi hal ehwal portfolio urusan Parlimen, Datuk Seri Azalina Othman Said memberitahu menerusi satu kenyataan pada Rabu, keputusan itu dibuat hasil mesyuarat kabinet.

Portal AgendaDaily melaporkan, beliau menjelaskan proses pemilihan pengerusi dan ahli jawatankuasa baharu PAC hanya akan dibuat selepas selesai segala urusan pertukaran penyandang ahli-ahli Jawatankuasa Pemilih.

Pertukaran ahli Jawatankuasa Pemilih perlu dibuat dahulu ekoran rombakan kabinet pada 27 Julai lalu serta keberangkalian pihak pembangkang hendak mengemukakan nama baharu ekoran ‘berkuburnya’ Pakatan Rakyat.

Untuk rekod, di pihak BN kini yang mengetuai ahli jawatankuasa berkenaan ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak ada lagi dalam kabinet selain bekas Presiden MIC, Datuk G Palanivel yang turut digugurkan.

Selain itu jawatan Ketua Pembangkang yang sebelum ini dipegang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga akan digantikan dengan isterinya sendiri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail yang menang kerusi suaminya di Permatang Pauh.

Jawatankuasa Pemilih ini yang sebenarnya akan bertanggungjawab bagi pemilihan ahli jawatankuasa baharu PAC serta lazimnya PAC perlu dianggotai oleh kedua-dua pihak dari kerajaan Barisan Nasional (BN) dan pembangkang.

Selain Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed, beberapa ahli jawatankuasa PAC dari wakil BN turut dilantik sama ada sebagai menteri dan timbalan menteri menerusi rombakan Kabinet pada akhir bulan lalu.

Azalina berkata sejurus pelantikan secara rasmi itu dibuat, PAC boleh sahaja meneruskan tugas mereka seperti biasa termasuk prosiding siasatan ke atas syarikat pelaburan strategik kerajaan, 1MDB yang ditunda baru-baru ini.

Kata beliau, kerajaan sama sekali tidak berniat menangguhkan prosiding terhadap 1MDB dengan sengaja sebaliknya perlu mematuhi prosedur ditetapkan bagi mengelakkan pertikaian pada kemudian hari. – Agensi/Mynewshub/HAA

Tags: 1MDBPAC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd