Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Tampar OKU, Pengganggur Didenda...

TAIPING: Seorang penganggur didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas...

Pengundian Awal PRK Kimanis...

KIMANIS - Satu saluran mengundi di Bilik Gerakan, Balai Polis Membakut di sini...

Tagih Simpati Jual Tisu

KUANTAN - Sorang wanita etnik Rohingya datang ke Malaysia bersama anak lelaki beberapa...

2 Rakan Didakwa Bunuh...

KUALA LUMPUR - Seorang warga Myanmar dan seorang warga India didakwa di Mahkamah...

Orang Ramai Disaran Tak Sertai Perhimpunan Bersih 4.0

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai agar tidak menyertai perhimpunan Bersih 4.0 kerana perhimpunan itu menyalahi undang-undang.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah berkata mana-mana orang yang terlibat dalam perhimpunan yang melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA) boleh diambil tindakan serta-merta yang berkuat kuasa mengikut keadaan.

“Ini kerana perhimpunan berkenaan tidak memenuhi syarat di bawah Seksyen 11 APA (Akta 736) kerana tidak mendapat kebenaran daripada tuan punya pemilik tempat.

“Berikutan itu, polis juga ingin mengingatkan ibu bapa atau penjaga supaya tidak membawa kanak-kanak dalam perhimpunan itu kerana ia menjadi kesalahan di bawah Seksyen 20 (1)(c) APA, Akta 736,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini.

Selain itu, perjumpaan antara polis dan penganjur perhimpunan di IPD Dang Wangi hari ini, gagal mencapai kata sepakat.

Zainol berkata penganjur tetap berdegil dan mahu meneruskan perhimpunan itu.


“Polis telah menasihatkan penganjur Bersih 4.0 agar perhimpunan itu tidak dibuat di Dataran Merdeka kerana sebelum ini penganjur majlis sambutan Hari Kebangsaan 2015 telah memohon kebenaran terlebih dahulu sebelum mereka.

“Menurut Sekyen 17(2)(a) APA, Akta 736 tidak boleh diadakan dua perhimpunan di tempat sama, pada tarikh yang sama secara serentak,” katanya.

Dalam perkembangan lain, ditanya mengenai perhimpunan oleh Gabungan NGO-NGO Malaysia yang bercadang melakukan perhimpunan Bersih 4 Keamanan bagi menentang Bersih 4.0 pada Sabtu ini di Plaza Low Yat, Zainol berkata pihaknya akan menyiasat perkembangan terbaru itu.

Sementara itu, penganjur Bersih 4.0, Maria Chin Abdullah berkata perhimpunan Bersih 4.0 akan tetap berlangsung selama 34 jam dan memberi jaminan akan bersurai sebelum malam ambang Merdeka pada Ahad ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori