• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nasib Xavier Andre Justo Ditentu Hari Ini

oleh Ahmad Albab
17/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Bekas eksekutif PetroSaudi International, Xavier Andre Justo tiba di Bangkok South Criminal Court untuk perbicaraan kesnya kerana memeras ugut majikannya.

Justo, warga Switzerland yang memeras ugut PetroSaudi dan kemudiannya cuba menjual data yang dicuri dari syarikat tersebut kepada sekumpulan individu yang didakwanya berniat menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.

Justo, 48, ditahan oleh polis Thai di kediamannya di Koh Samui pada 22 Jun lalu.

Justo kemudiannya menandatangani pengakuan penuh dan dalam satu temubual dengan The Straits Times, Singapura ketika di dalam penjara pada 23 Julai lalu, dia menjelaskan bagaimana dia bertemu sekumpulan pembeli di Bangkok dan Singapura untuk menjual maklumat tersebut.

Dia mendakwa tidak dibayar AS$2 juta (RM8 juta) dalam urusan jual beli maklumat itu.

Pada 24 Julai lalu, Pengerusi Kumpulan Media The Edge, Tong Kooi Ong dan penerbit Ho Kay Tat mengesahkan mereka bersetuju membeli data itu dan tidak membayar wang tersebut.

Justo turut menamakan Clare Rewcastle-Brown, penerbit Sarawak Report yang berpangkalan di Britain sebagai individu ketiga terlibat dalam urus niaga itu.

Minggu lalu dilaporkan bahawa Dr Marc Henzelin, seorang peguam berpangkalan di Geneva yang diupah isteri Justo di Switzerland berkata, Justo mengaku bersalah maka tidak akan ada perbicaraan penuh dengan saksi kerana keputusan itu sudah selesai.

“Akan ada pendengaran secara teori yang akan diadakan minggu depan. Dia akan dihukum dengan segera.

“Hakikat bahawa dia mengaku bersalah boleh meringankan hukuman. Asas bahawa dia bekerjasama dengan polis dan pengakuan yang dibuat akan dipertimbangkan hakim,” katanya.

Peguam itu memberitahu beliau diberitahu bahawa Justo mungkin akan dipenjarakan selama enam bulan hingga satu setengah tahun.

Di bawah terma perjanjian antara Thailand dan Switzerland, sekiranya Justo mempunyai tempoh hukuman kurang daripada setahun, dia boleh menjalani hukuman tersebut di Switzerland.

Namun Dr Henzelin berkata, jika Justo harus menjalani hukuman di Thailand, dia harus menerima hakikat itu. – mStar Online

Tags: ThailandXavier Andre Justo
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tak Salah Guna Dana Untuk Kegunaan Tadbir Bahagian

Next Post

Salleh Arah MCMC Bertemu Penyedia Facebook, Google, Twitter

Related Posts

PGA Patahkan Cubaan Seludup Hampir 40,000 Biji Kelapa Ke Thailand

PGA Patahkan Cubaan Seludup Hampir 40,000 Biji Kelapa Ke Thailand

20/03/2025
1

TUMPAT: Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya mematahkan cubaan menyeludup kelapa ke Thailand apabila merampas 38,580 biji kelapa di pangkalan haram...

Suspek Kes Tembak Cari Khidmat Bot Dari Pulau Ketam Ke Thailand – Penduduk

Suspek Kes Tembak Cari Khidmat Bot Dari Pulau Ketam Ke Thailand – Penduduk

18/02/2025
0

PULAU KETAM - Seorang penduduk di sini mendakwa didatangi lelaki yang mahu mencari khidmat bot untuk ke Thailand. IKUTI CHANNEL...

Next Post

Salleh Arah MCMC Bertemu Penyedia Facebook, Google, Twitter

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd