Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa menerusi Twitternya memaklumkan beruang panda betina yang berada di Zoo Negara, Liang Liang telah selamat melahirkan anak.
Najib meluahkan rasa gembira atas berita baik itu kira-kira pukul 4. 55 petang.
Ini merupakan kejayaan buat Malaysia kerana pasangan panda yang dipelihara Zoo Singapura pun masih lagi belum dikurniakan cahaya mata walaupun mereka tiba di republik itu sejak 2012.
Baca: Panda Singapura Akhirnya Berasmara Kali Pertama
“Gembira mendapat berita bahawa Liang Liang, panda di Zoo Negara telah selamat melahirkan seekor anak pada 1.45 tengah hari tadi,” tulis Najib.
Seperti semua maklum, pasangan panda ini yang diberi nama Liang Liang dan Xing Xing ini merupakan simbol hubungan diplomatik yang terjalin selama 40 tahun antara Malaysia dan China.
Difahamkan, pasangan panda ini ditempatkan di Malaysia selama 10 tahun.
Untuk makluman anda, nama Xing Xing bermaksud Kemakmuran, manakala Liang Liang bermakna Cantik.
– MYNEWHUB.CC


