KUALA LUMPUR – Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz menepis khabar angin bahawa beliau konon akan meletakkan jawatannya dalam tempoh terdekat.
Dalam satu taklimat yang diadakan sebentar tadi di ibu pejabat BNM di sini, Zeti berkata, dia berhasrat untuk menghabiskan tempoh perkhidmatannya yang dijangka berakhir April 2016.
Zeti Dapat Penarafan Gred A 11 Tahun Berturut-Turut
Memetik kenyataan dalam laporan The Star, “Saya akan kekal berkhidmat sehingga tempoh berakhir. Tempoh penggal tersebut selama lima tahun, dan tempoh saya akan berakhir tahun depan.”
Selain itu, ketika diajukan soalan kemungkinan beliau akan menyambung perkhidmatannya selepas ini, Zeti berkata, “Ketika ini, apa yang boleh saya cakap, saya ingin menulis buku tentang persaraan saya.
“Saya telah menjadi gabenor selama 16 tahun dan melengkapkan tempoh 35 tahun perkhidmatan di Bank Negara dan juga negara.
“Saya percaya BNM adalah satu institusi kukuh dan akan terus memacu kejayaan.”
Zeti yang merupakan anak kepada negarawan, Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz serta budayawan, Allahyarham Sharifah Azah Aziz berjaya menjadi wanita pertama yang dilantik menduduki jawatan Gabenor BNM.
Beliau yang berasal dari Johor Bahru, Johor dan berusia 67 tahun adalah gabenor ketujuh BNM serta sudah berkhidmat sejak 2000 menggantikan Ali Abul Hassan Sulaiman. – MYNEWSHUB.CC
Gabenor Bank Negara Sihat, Tak Alami Serangan Jantung