• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MyBas Akan Diperluaskan Kepada 4 Lagi Lokasi

oleh Ahmad Albab
21/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan bas henti-henti MyBAS menerusi Skim Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti (SBST) akan diperluaskan kepada empat lagi lokasi selepas ia dimulakan di Kangar, Perlis pada 1 Ogos lepas.

Empat lagi lokasi itu ialah Seremban di Negeri Sembilan; Ipoh, Perak; Kuala Terengganu, Terengganu dan Kuching, Sarawak dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM100 juta.

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar, perkhidmatan MyBAS itu yang dilaksanakan menerusi skim SBST ialah untuk menggantikan Dana Sokongan Sementara Bas Henti-henti (ISBSF) yang bermula pada 2012.

“Namun begitu, dana sementara ISBSF ini akan diteruskan sehingga Jun 2016 kerana saya tengok ada keperluan untuk diteruskan sebelum kita laksanakan skim kekal iaitu SBST…kita tidak mahu syarikat-syarikat bas ini berhenti beroperasi kerana kerugian.

Setakat ini, Perlis telah memulakan operasi MyBAS pada 1 Ogos lepas dan akan diikuti di Seremban yang dijangka bermula pada bulan depan (Sept). Tiga lagi lokasi akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat sehingga akhir tahun ini,” katanya pada sidang media pembayaran dana sokongan ISBSF kepada pengendali bas dari seluruh negara di sini, hari ini.

Menurut Syed Hamid lagi, dana SBST itu diberikan untuk laluan tertentu sahaja dan tidak merangkumi keseluruhan laluan.

“Laluan ini bukan merangkumi keseluruhan negeri yang terlibat…hanya laluan tertentu sahaja dan saya berharap supaya kerajaan akan membenarkan kita (mendapat dana) tampung semua (laluan),” katanya.

Beliau berkata SPAD menyasarkan perkhidmatan MyBAS dapat dilaksanakan di seluruh negara dengan jangkaan peruntukan melebihi RM1 bilion setahun.

Pada majlis itu, Syed Hamid menyampaikan replika cek kepada 11 wakil pengendali bas dengan jumlah RM10.3 juta.

“Pada bulan Ogos ini, sebanyak RM17.7 juta telah dibayar kepada pengendali bas henti-henti di bawah ISBSF dan hari ini sebanyak RM10.3 juta telah dibayar, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM28 juta dana untuk 172 pengendali bas dari seluruh negara.

“Dana sementara ini diberikan untuk membantu pengendali bas henti-henti yang terjejas ekoran daripada operasi yang tidak menentu. Oleh itu, setiap syarikat akan diberikan dana berdasarkan laluan dan sekiranya setiap laluan tidak ramai penumpang yang menaiki bas, dana tersebut boleh tampung,” katanya. – BERNAMA

Tags: MyBas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MyBas JB Pelengkap Perkhidmatan Bas Sedia Ada

11/04/2018
0

ISKANDAR PUTERI - Perkhidmatan MyBas Johor Bahru yang dilaksanakan oleh kerajaan pusat dilihat akan menjadi pelengkap kepada operasi pengangkutan bas...

Operasi myBAS Kuala Terengganu Bermula Awal

11/03/2018
0

KUALA TERENGGANU – Pelaksanaan Fasa 1 myBAS Kuala Terengganu di bawah program Transformasi Bas Henti-Henti (SBST) akan mula beroperasi Ahad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd