• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MH370: Flaperon Tiba Di Makmal Perancis

oleh Ahmad Albab
03/08/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIS – Serpihan bangkai Boeing 777 yang terdampar di sebuah pulau kecil di Perancis dan disyaki milik penerbangan MH370 yang hilang, tiba di makmal Perancis untuk dianalisis, Sabtu.

Jika disahkan ia adalah milik pesawat Malaysia Airlines (MAS), penemuan itu bakal menandakan kejayaan pertama dalam kes yang membingungkan pakar-pakar penerbangan dunia selama 16 bulan.

Konvoi yang membawa serpihan bahagian sayap berukuran dua meter dan diletakkan dalam peti kayu itu diiringi polis dari Paris, ke makmal Kementerian Pertahanan berhampiran bandar di barat daya Toulouse.

Bahagian yang dikenali sebagai flaperon itu, telah diterbangkan semalaman ke tanah besar dari pulau La Reunion, di mana ia ditemui di pantai di bandar Saint Andre awal minggu ini.

Dari lapangan terbang Orly Paris, ia dibawa menuju ke selatan melalui jalan raya, tiba di makmal kira-kira pukul 5.30 petang waktu tempatan.

MH370 hilang pada 8 Mac 2014, dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 239 orang di atas kapal.

Pakar dari Malaysia dan Perancis akan memulakan analisis terhadap bahagian yang ditemui itu pada Rabu, termasuklah serpihan beg pakaian yang turut ditemui di kawasan berhampiran, menurut sumber.

Pada Sabtu, beberapa ratus orang menghadiri himpunan di Saint Andre sebagai memperingati mangsa, beberapa ratus meter dari tempat di mana flaperon itu ditemui pada Rabu.

“Saya percaya kita semakin hampir untuk menyelesaikan misteri MH370. Ini boleh menjadi bukti yang meyakinkan bahawa MH370 berakhir di Lautan Hindi,” kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi kepada AFP.

Boeing, gergasi aeroangkasa Amerika Syarikat dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata akan menghantar satu pasukan teknikal ke Perancis untuk mengkaji bahagian pesawat itu.

– AFP/mStar Online

https://www.youtube.com/watch?v=9wMDleCrEkc

Tags: MH370Perancis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perancis Perkenal Hidangan €1 (RM4.60) Untuk Pelajar Universiti

Perancis Perkenal Hidangan €1 (RM4.60) Untuk Pelajar Universiti

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub PARIS – Kerajaan Perancis memperluaskan skim makanan universiti berharga hanya €1 (sekitar RM4.60) kepada semua pelajar universiti dalam...

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd