• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Tak Akan Tambat Ringgit, Laksana Kawalan Modal

oleh Ahmad Albab
23/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan tidak akan melaksanakan kawalan modal atau menambat ringgit kepada dolar Amerika Syarikat (US), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Walaupun kerajaan melihat paras semasa ringgit tidak menggambarkan asas negara sebenar, namun kerajaan menyedari mengenai penyepaduan ekonomi Malaysia dan ekonomi global, katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata Malaysia menjadi semakin bersepadu dengan pasaran kewangan global berdasarkan keterbukaan pasaran dagangan dan kewangannya.

Berikutan ekonomi dan pasaran kewangan global kini melalui penyelarasan, ia akan memberi implikasi atas pasaran kewangan domestik dan kadar tukaran mata wang.

“Oleh itu, fleksibiliti kadar tukaran mata wang kita sangat penting untuk menyerap pelarasan dan turun naik global ini.

“Atas sebab itu, kerajaan Malaysia tidak akan mengambil langkah menambat ringgit atau pun melaksana kawalan modal,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Pada 9.30 pagi, ringgit disebut harga pada 4.0980/1030 berbanding 4.1040/1090 pada 5 petang Rabu.

Mengenai sama ada ringgit mampu melantun semula, Najib berkata: “Ia bergantung kepada faktor-faktor luar. Orang ramai mahu melihat apa yang akan kita lakukan dalam jangka pendek, dan pasti akan ada tindak balas.”

Pada sesi perbincangan bersama pakar dan penganalisis ekonomi semalam, beliau berkata mereka yakin ringgit sepatutnya lebih tinggi dalam kedudukan semasa berbanding dolar US berdasarkan asas-asas ekonomi negara yang kukuh.

Najib juga menggalakkan syarikat supaya menggunakan produk tempatan seperti syarikat berkaitan kerajaan, dan beberapa syarikat korporat yang beroperasi di luar negara pula wajar menimbang untuk mencairkan aset dan membawa pulang ke Malaysia.

“Industri pelancongan perlu membuat pemasaran secara agresif dan memanfaatkan kedudukan semasa ringgit,” katanya.

Ditanya sama ada paras semasa ringgit kompetitif untuk perniagaan tempatan dan luar negara, Najib berkata beberapa sektor tertentu akan memperoleh manfaat manakala yang bergantung besar ke atas import seperti pengilangan, akan berada pada kedudukan yang lebih sukar.

“Beberapa perniagaan atau perbadanan yang meraih hasil dalam dolar pasti sangat gembira manakala yang bergantung ke atas import menghadapi masalah disebabkan import menjadi sangat mahal,” katanya. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd