• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Mara Ke Separuh Akhir Kejohanan Skuasy Remaja Dunia 2015

oleh Ahmad Albab
03/08/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pasukan skuasy remaja perempuan Malaysia mara ke peringkat separuh akhir Kejohanan Skuasy Remaja Dunia 2015 setelah menang 2-1 dalam pertarungan sengit dengan New Zealand pada peringkat suku akhir di Squashcentre di Eindhoven, Belanda awal hari ini.

Skaud bimbingan jurulatih Andrew Cross ini dijangka berdepan cabaran berat apabila bertemu juara bertahan, Mesir, pada perlawanan separuh akhir lewat hari ini.

Terdahulu, juara dunia enam kali, Mesir, mengalahkan pasukan pilihan ketujuh, India, 2-0 dalam satu lagi perlawanan suku akhir.

Dalam perlawanan awal pagi ini, Zoe Foo Yuk Han menaikkan semangat skuad Malaysia apabila mengalahkan Juee Bhide; 11-3, 11-9, 11-8, tetapi dalam perlawanan berikutnya, Eleanor Epke, mendapatkan kedudukan seri setelah menumbangkan pemain remaja utama Malaysia, S. Sivasangari 3-2 (9-11, 7-11, 11-2, 11-8, 12-14) dalam perlawanan selama 46 minit.

Nasib menyebelahi Malaysia apabila pada perlawanan penentuan, Andrea Lee mengetepikan penentangnya dari New Zealand, Abbie Palmer, dengan 3-2 (11-6, 8-11, 10-12, 11-4, 14-12).

Ketika mengulas kemenangan pasukan Malaysia itu, Andrew berkata dia amat gembira dengan prestasi cemerlang anak buahnya, tetapi tidak meletakkan harapan tinggi di bahu mereka bagi perlawanan separuh akhir menentang Mesir, memandangkan pasukan dari Timur Tengah itu telah menjulang piala kejuaraan sebanyak enam kali iaitu pada 1999, 2003, 2007, 2009, 2011 dan 2013.

Bagaimanapun, beliau berkata, pertemuan dengan Mesir amat bermanfaat bagi anak buahnya kerana ia akan menambah pengalaman mereka menentang pasukan terbaik di dunia.

“Inilah antara sebab mereka memasuki kejohanan ini,” katanya seperti yang dipetik laman sesawang kejohanan itu, www.wsfworldjuniors.com.

Malaysia muncul sebagai juara Kumpulan D setelah mengatasi tuan rumah Belanda, dengan keputusan 2-0.

Dalam satu lagi perlawanan separuh akhir, juara Kumpulan C, England akan menentang juara Kumpulan B, Amerika Syarikat.

Pada peringkat suku akhir, England, yang merupakan juara lima kali, mengalahkan juara 2005, Hong Kong, manakala Amerika Syarikat mengetepikan Kanada, kedua-duanya dengan keputusan 2-0. – BERNAMA

 

Tags: Skuasy
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

NGO Islam Bantah Adegan Filem Berpegangan Tangan

Next Post

Anggota Polis Dipenjara Sehari, Denda RM20,000

Related Posts

Harleein Harumkan Nama Malaysia Di AS

24/12/2021
0

KUALA LUMPUR: Atlet cilik skuasy, Harleein Tan berazam untuk terus maju dalam usaha merangkul lebih banyak kejayaan di masa akan...

M’sia Batal Kejohanan Skuasy Dunia Di KL Sebab Atlet Israel, Omicron

30/11/2021
0

Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia lelaki di Malaysia dibatalkan kerana kebimbangan mengenai varian koronavirus baru Omicron dan isu visa untuk atlet...

Next Post

Anggota Polis Dipenjara Sehari, Denda RM20,000

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd